Bicara Merdeka

Telah kau lalui laluan sejarah
di sana merdeka sedang dibacakan skripnya
ah, awan telah menyaksikan
burung-burung dan bunga raya menunggu saat itu
pak tani, nelayan atau buruh kasar
tidak mudah lupa perkataan itu dilaungkan
hingga di mana angin gembira mencari ruang
berhenti dan berdiri bersama mereka
menyertai gerombolan manusia meraikan
tanah dan rakyatnya berhimpun menerima khabar air mata
mungkin mengalir syahdu dan berbaur kegembiraan
acap kali kau tidak lagi dapat menahan diri untuk menyaksikannya sama
tapi waktu membatasi keinginan
di telinga kini kedengaran suara itu, berkali-kali ulang
kembalilah mengingatinya untuk masa depan
tanah dan jati diri menjadi benteng detik maknawi itu
bahasa dan akal budi mendampingi jiwa merdeka
bakal membuka lembar-lembar renungan
kembali mengikuti kesan dan kata epitaf pejuang yang ditinggal
supaya menjadi iltizam untuk terus mendahuluinya
mendahului kemerdekaan sejati antara kita
sesama memaknakan dalam kehidupan.

MOHD FADZIL YUSOF
Selekoh, Perak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: