Sebentuk Cincin Pemberianmu Adalah Pelitaku ~ Anjanglie

(ungkap perempuan cantik itu)

Bukan semata-mata emas bertatahkan permata
tetapi lebih dari itu adalah sebagai tanda
aku rela menjadi kemilikanmu sepenuhnya
malah sehidup semati bersamamu.

Tersarung di jari manisku
mengertikan kepada dunia yang aku
adalah kepunyaanmu dan hatiku
telah terkunci untuk orang lain.

Telah kujiwai maknanya
telah kunikmati hakikatnya
telah kuredhai takdirnya
telah kusanggupi musibahnya.

Tidak semudah itu untuk kutanggalkan
kerana ia sudah sebati buatku
melengkap sebahagian daripada agamaku
selagi berteduh di payungan kasihmu,
suamiku

ANJANGLIE,
Pinggiran Kubang Jawi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: