Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja ~ Zurinah Hassan

Anakku
maafkanlah ibu
meninggalkamu setiap pagi
melepaskan pelukanmu
ketika kau ingin bermanja

di meja ini mengadap kertas-kertas
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup

Sekecil itu
aku sudah meminta pengertianmu
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.

Zurinah Hassan

2 Responses to Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja ~ Zurinah Hassan

  1. Seri Banang berkata:

    Pada anak yang ditinggalkan,
    Jangan dikesalkan pengorbanan ibu,
    Sesungguhnya aku adalah salah seorang dari anak itu,
    Mencemburui tugas-tugas ibu,
    Yang telah memisahkan aku dari belaian ibuku,
    Hari ini baru ku tahu,
    Ibu mengorbankan belaiannya untuk ku,
    Semata-mata kerana bangsanya dan juga masa hadapanku,
    Terima kasih ibu kerana tidak meracuniku dengan belaianmu.

  2. bulan berkata:

    kesal ibuku bila berkerja
    dari pagi sampai kesenja
    anak anak tak perlu dijaga
    asal tak lapar dan dahaga

    kesal ibuku semakin teruk
    marahkan anak dengan pukulan
    rambut direntap kepala dihantuk
    anak perumpuan kena menelan

    kesal ibuku bila berkerja
    anak perumpuan kena mengalah
    jadikan hamba memang sengaja
    sumpah seranah semuanya salah

    kesal ibuku bila dah tua
    anak lelaki entah kemana
    anak perumpuan ada mertua
    hidup senang tidak merana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: