Dunia Yang Senyum ~ Usman Awang

(Surat Buat Khrushchev dan Eisenhower dalam Pertemuan)

Siapa pun juga kita, merah atau apa warna,
Dan di mana juga berada, mengenal bahagia neraka.
Tuan bisa mengeti kerana dunia kepunyaan bersama.

Di antara kita dan dunia yang mesti hidup,
Ada dua manusia dalam satu denyut,
Kuasa yang besar padanya segala terpaut.

Keliling kita udara pecahan atom,
Kilang-kilang kawah api bukan untuk senyum;
Ke mana berlindung bila muntah suaranya meraung?

O dengarlah harapan yang banyak ditumpahkan,
Suara cinta-damai tebang bersayap membumbung.

Jadikanlah senapang itu kecapi dan gitar
Petiklah, bukan candit bedit yang pelurunya bergegar.
Gantilah bom-bom itu dengan bola mainan anak-anak,
Panggillah pemuda dan gadis-gadis menari
Di tangan mereka bunga-bunga warna-warni
Dunia yang senyum bakal kita miliki.

Usman Awang
1959

3 Responses to Dunia Yang Senyum ~ Usman Awang

  1. khainorm berkata:

    sajak ini ternyata menjelaskan bahawa usman awang begitu peka dan memperjuangkan kedamaian serta kemakmuran. semoga wujud lagi gerangan lain yang berhati suci seperti ini, kerana tiada sesiapa lagi yang berakal kecuali makhluk Tuhan yang bernama manusia

  2. Josephine's Blog berkata:

    […] Dunia Yang Senyum ~ Usman Awang […]

  3. veeriah berkata:

    apakah makna atau ulasan sajak dunia yang senyum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: