Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.
Usman Awang, September 1961
[…] Mahasiswa ~ Usman Awang […]
Sajak ini merupakan satu nasihat yang ingin disampaikan oleh penulis bahawa Mahasiswa mampu memepengaruhi negara. Walaupun sajak ini memperihalkan pelbagai suasana dan keadaan, seharusnya kita sedar mahasiswa tersebut masih berada dengan buku tersebut dan membayangkan suasana dan keadaan tersebut.