Sebuah Epilog ~ Aripin Said

(buat teman bakal bergelar graduan)

Kutitipi puisi ini
anyaman kata-kata dan perasaan
tentang signkatnya pertemuan
di gedung ilmu
segalanya pun berlalu
di lembaran-lembaran waktu
menjadi kenangan
tak terlupakan

Kita sering mencari makna
pada setiap senyum yang terlukis
namun tak siapa pun
pernah tahu dan menduga
tentang tafsiran keindahan
bak bunga yang ungu
mekar harum diusap pawana
menjadi hiasan di kepala
pada rambut panjangnya menyentuh bahu

“Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan”

Kerana di hadapan kita
adalah laut biru bergelombang
luas tak bertepi tak terperi
gelora membadai dan mencabar
kekukuhan iman dan keyakinan
bakal menjadikan pelabuhan

Aripin Said

4 Responses to Sebuah Epilog ~ Aripin Said

  1. lupinsaid berkata:

    saya sedang mencari sebuah puisi Aripin Said yang telah saya lupakan judulnya, tetapi sebahagian daripada bait-baitnya berbunyi: Angin tenggara telah bertiup, memuput kenangan , membawanya jauh bagai wau tak bertali. namun kita masih di tambatan ini, mengutip teritip di perbatuan, mengejar ketam renjung yang berlari pantas, meninggalkan kita termengah-mengah. engkaukah atau aku yang paling setia, menunggu ribut timur ini , bilakah redanya? ……bahagian aakhir puisi ini telah hilang dari ingatan saya.

    saya berharap dapat membaca puisi itu semula.

  2. hellkid berkata:

    hi semua!!!!!!!!!! saya sedang cari biodata aripin said………. boleh tolong??????????

  3. johan b. mat salleh berkata:

    saya selalu mengikuti perkembangan aripin said,guru bahasa malaysia saya waktu darjah 5 & 6 tahun 77/78 di sk paya bungor,banyak mengajar tarian dan lagu2 rakyat pada belia/beliawanis di kg saya waktu itu,beliau yg mempopularkankan tasik kg saya waktu itudalam akhbar.cerpen pertamanya yg saya baca bertajuk MALAM SYAHDU ketika ditingkatan 2 atau 3.salam utk cikgu.saya tinggal di puchong selangor,bolih dihubungi melalui email diatas

  4. me berkata:

    Sy nk cr biodata aripin said…kat mn ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: