Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta Kepadamu

Aku sepatutnya malu menulis surat cinta pada
kerana ia tidak mungkin jadi sempurna
dan setelah terlalu banyak mengingkari-Mu
Kau mungkin tidak sedia menerima.

Mengapa harus aku tiba pada-Mu
bagai seekor kupu-kupu yang meninggalkan rimbanya
keragaman rahsia yang mentaati kata-kata
“tidak kuberi ilmu
melainkan sedikit sahaja”
aku jadi marah pada ketetapan itu
dan meluru menuju lampu
tapi hanya terhumban pada kaca
lalu jatuh ke kaki-Mu
apakah kau sedia memaafkan
carik-carik di kepakku?

Atau apakah kau sengaja
memilih pertemuan begini
untuk aku jadi lebih terpegun
pada kesempurnaan jari-jari-Mu?

Mengapa aku harus tiba pada-Mu
bagai sungai yang menemui muaranya
dalam murung rasa tua
setelah terlalu banyak meronta
mahu melepaskan diri dari sekatan tebingnya
tapi hanya menambahkan bebanan
sehingga tiba ada keluasan lautmu
apakah Kau sedia memaafkan
kekeruhan di tubuhku?

Atau apakah kau sengaja
memilih pertemuan begini
untuk aku jadi lebih terpesona
pada kejernihan matamu?

Kau terlalu banyak menyimpan keindahan
mengapakah aku tidak melihatnya dahulu
atau apakah Kau sengaja menyembunyikan
supaya aku jadi lebih kasih pada-Mu?

~ Zurinah Hassan

2 Responses to Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta Kepadamu

  1. marzuki yahya berkata:

    sedang mencari sajak semalu yang juga ditulis oleh Zurinah Hassan, kalau ada dan tak keberatan minta webmistress tolong siarkan dan beritau saya kat malului email.

    BERHAJAT SANGAT NI!!

    shukran

  2. abul hariz berkata:

    saya pernah dengar puisi ni dideklamasikan oleh saorang aktivis budaya lewat tahun 70’an..sangat meminatinya sehingga boleh mengingati bait² puisi ni, tapi apa yang terakam di atas..seperti nya ada satu atau dua perkataan yang tercicir..atau barangkali memang ada versi tambahbaik dilakukan Penyair??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: