Kembalikan ~ Mazemie Maz

Menghela nafas kenali diri
jati diri harus kau miliki
denyut nadi kental peribadi
teguh iman pembenteng sejati.

Seharusnya kau tak mudah terpedaya
akal tersedia bijak membeza
mata terbuka pintar menilai
langkah tak terpesong longlai
tersesat di lorong terlalai.

Jernih darah di urat nadi
lemah dan ternoda mampu dihindari
pujuk rayu mencalarkan harga diri
maruah terconteng jijik dan keji.

Akalmu biar di mata fakir
tak tersesat ke lorong mungkir
sekali terjebak wajah tercalar
raungan kesal tak mudah jadi penawar.

Remajaku generasi wawasan
kembalikan hakmu sebelum kehilangan
milik warisan diperkasakan
unggul diri diperteguhkan
di mata dunia kau buktikan
dari sekecil zarah diperhitungkan
hingga sebesar impian dan harapan.

Remajaku generasi warisan
kembalikan hakmu dengan kesempurnaan
tugu mindamu kental di puncak terbilang
bijak akalmu mendahului tindakan.

MAZEMIE MAZ
Taman Selasih, Sikamat, Seremban.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: