Terlalu ~ Shapiai

Aku terlalu gering untuk bercanda
apalagi memamah kaca keindahan
kebenaran sering membuat aku keliru
setelah dicanting pelbagai calar nafsu.

Tingkah terindah menabiri rawa-rawa dosa
bebaskan dirimu daripada keteledoran kuasa
yang menghalau amarah di bawah meja.

Aku terlalu gusar untuk gundah
apa lagi mengunyah peluru kejam
kezaliman ditaja oleh pemilik sutradara
keadilan di penjara
diberi unsur propaganda.

Aku terlalu murka untuk bertitah tentang keamanan
cukuplah gempa dan ribut melanda
janganlah mencipta sengketa menambah resah di dada.

SHAPIAI MOHD RAMLY
Persiaran Citra, Larkin Johor Bahru

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: