Sanubari Di Tengah Malam ~ Amni Jagat

Terima kasih kerna Kau tidak mengajar diri ini sebagai Tuhan
Keraguan terungkap di dalam sanubari
Mencari sinar di waktu lena begini
Di malam yang sunyi mengikut alunan
Lelapan yang aku tadahkan redha
Andailah lelapku ini lelapan selamanya,
Tiadalah pengharapan lain yang terungkap hanyalah Kau yang aku singkap
Biarpun soalnya siapalah aku di sisiMu?
Bila dulu aku jatuh Kau memelukku dan mengangkatku semula
Takungan airmata di waktu Kau mengakui Kau adalah tuhan
Tersedar dan tersandar lamunan itu yang rupanya mimpi
Rasa ini, Kau lahirkan cinta
Cinta sedalam gelora di dasar samudera
Mentari pasti akan terang,
Apakah yang indah kelak dalam lenaku?
Kau alunkan mimpi untukku mengembara
Membuatkan diri terbaring hina
Menghuraikan apakah itu rahsia?
Jawapan dalam kekeliruan kebenaran
Penyerahan jiwa dan ragaku andai aku diperhitungkan
Corak melakar aku hanya manusia
Terima kasih kerna Kau mengajar aku sebagai seorang hamba
                                       
~ Amni Jagat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: