Matahariku

Indah cahaya pagi
bunga-bunga segar mewangi
burung-burung girang menyanyi
disinari ceria matahari
begitulah ibu di taman hati ini.

Lembut kucup ibu di dahi
hangatnya terasa sepanjang hari
keramat restu ibu adalah paling suci
buat melindungi diri seperti bidadari
yang baik budi.

Jasa ibu tiada ternilai
mengasuh mendidik tiada henti
tabah dan sabar memberi inspirasi
demi membina keluarga yang damai.

Kala ibu tiada di sisi
dunia diri menjadi sunyi
bagaikan gerhana melanda bumi
gundah merusuh tidak terperi
sedih jiwa tiada ditemani.

Ibuku seperti matahari
kasihnya jujur menerangi
sayangnya luhur memancari
ke seluruh benua cinta kami.

Doaku, ibu jangan dulu pergi.

ROSANI HIPLEE
Kampung Simpang Tiga

2 Responses to Matahariku

  1. hafiz berkata:

    bagaimanakah saya dapat berinteraksi dengan pn?

    saya sedang mengkaji buku mutakhir -rasanya- nukilan puan dan berharap untuk menemubual puan biarpun melalui email… boleh?

  2. rosani berkata:

    salam. maaf, baru membaca respon tersebut. saya tiada berhalangan jika sdr. berhasrat menemubual saya melalui e-mel. terima kasih atas perhatian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: