Advertisements
 

Syair Nasihat ~ Ibnu Ahmad Medan

Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri

~ Ibnu Ahmad Medan
Dipetik dari Lidah Benar, 22.12.1931

Advertisements

17 Responses to Syair Nasihat ~ Ibnu Ahmad Medan

  1. nazifa says:

    BAGUS! SAYA AMAT MENYUKAINYA…

  2. bonzer says:

    syair ini penuh dengan pengajaran dan sesuai untuk kehidupan di dunia yang serba moden dan penuh dengan cabaran ini. semoga syair ini bergun kepada yang memerlukan nasihat, insyaallah…

  3. asep says:

    Bagus benar Bang Ibnu Syairnya,sangat menyentuh hati

  4. omg syair ni mmg best glew n i hope syair ni akan menjadi syair yg terbaek untuk dijadikan sebagai competition kat skola tu tq ya

  5. SP Widiyani says:

    OK banget isinya semoga berguna bagi semuanya

  6. jiklay says:

    tema dan pesan nya apa?

  7. aget(awan geto) says:

    ow bagus itu…

  8. arul says:

    Wah buAguZ bUanGetZZZ

  9. C'jank reha tikojout na says:

    bgusss

  10. dieah says:

    waaa, bigthanks! sangat membantu buat tugas sekolah. bagus bagus pula. sekali lagi terimakasih banyaak ^^

  11. ferdesta esta says:

    omg bagus bnget syairnya !!!!!!!!!!

  12. m_h says:

    mohon dikongsi dlm sisipan blog sy ..trimakasih

    • Amran Omar says:

      Boleh bebenor sangat ler tuu..
      Jenoh koi ngeja dan membacanya sampai melejeh air liur tapi sempat nyedut balik nyer…
      Buat lagi ler nyekk… bior bebanyok sikit
      No..komen, tak perlu apa-apa penambahbaikan pun sebab dah elok sesangat.

  13. dienmakmur says:

    Hmm… bernas.., ajib..ajib..

  14. firzmansayah says:

    bagussssssssssssss
    dan sangat menyentuh

  15. najwa comel says:

    syair ni sungguh menyentuh perasaan….ishhh….sedih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: