Kalau Hendak Disukai Orang

Kalau hendak disukai orang
bercakap benar tidak temberang.

Kalau hendak dikasihi orang
jujur setia tidak curang.

Kalau hendak diingati orang
bertolak ansur berlebih kurang.

Kalau hendak disenangi orang
berwajah manis tidak garang.

Kalau hendak diminati orang
jauhi sifat bengis berang.

Kalau hendak dihormati orang
hindari segala perbuatan terlarang.

Kalau hendak dicintai orang
carilah damai elakkan berperang.

Kalau hendak dihargai orang
elokkan pekerti jangan sebarang.

Kalau hendak difahami orang
hendaklah bersikap berterus-terang.

Kalau hendak dikenang orang
jasa dan bakti disemai dikarang.

EHSAN JAMILY
Parit Keroma, Muar.

One Response to Kalau Hendak Disukai Orang

  1. hakim berkata:

    jika sifat bengis tak hilang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: