Thaurah Palestin ~ Usman Awang

Saudaraku Rakyat Palestin
Semangatmu lebih waja dari kereta kebal Israel
Genggaman tanganmu lebih kuat dari bom Zionis
Kau berikan cakrawala baru
Thaurah Palestin

Dengarkan di mana-mana suara menjawabnya
Perjuangan berani yang tak terkalahkan
Suara rakyat sejagat mengutuk penindasmu
Lihat jutaan mata terbuka sudah
Siapa tulang belakang menjulang kekejaman
Yang membunuh anak-anakmu

Saudaraku Rakyat Palestin
Tiba-tiba airmata jadi bara
Tiba-tiba anak-anak jadi dewasa
Tiba-tiba bilik kuliah jadi api
Senjata musuh sekadar dapat mematikan
Tetapi tidak berhasil membunuh semangat kepahlawanan
Penjara musuh sekadar memagari insan
Tetapi tidak dapat menahan gema menjerit keberanian
Yang dijawab oleh jutaan suara kebenaran
Semuanya dengan satu slogan
Mara Palestin
Thaurah Palestin

Karya : Allahyarham Datuk Usman Awang

3 Responses to Thaurah Palestin ~ Usman Awang

  1. […] Sedang bermandi darah, Kita pula seperti berpura-pura marah! Palestin, Thaurah Palestin! Thaurah!, Kami disisimu untuk […]

  2. […] Sedang bermandi darah, Kita pula seperti berpura-pura marah! Palestin, Thaurah Palestin! Thaurah!, Kami disisimu untuk […]

  3. […] Sedang bermandi darah, Kita pula seperti berpura-pura marah! Palestin, Thaurah Palestin! Thaurah!, Kami disisimu untuk […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: