Pantun Sireh Pinang ~ Ahmad Sarju

Seiring madah pantun bersambut
   dalam senyum penghidang tamu
mesra berdakap kasih terpaut
   persilakan tamu sambut di pintu

Sambut salam sambut bersopan
   jenguk-menjenguk ajuk-mengajuk
baru kami menyebut tuan
   air didih belumlah sejuk

Dimulakan hajat setinggi gunung
   dimulakan dengan pantun pusaka
sehalus rambut sejernih kaca
   tersisip makna dalam nan agung

Dijunjung datang disambut hajat
   dulang berukir tepak peminangan
persudikan santap sirih beradat
   pusaka bangsa zaman berzaman

Kini jejaka rindu seharian
   gadis di bilik sendiri kesepian

Menunggu menimang ingatan kasih
   malam merayu ke bulan jernih

Ah! Semusim cuma yang dinanti
   gunung dikejar kemanakan lari?

~ Ahmad Sarju

3 Responses to Pantun Sireh Pinang ~ Ahmad Sarju

  1. mohd ghaali bin ab rahman berkata:

    sungguh indah hazanah melayu…..takkan lapuk dek hujan dan tak kan lekang dek panas……..syabas

  2. delima berkata:

    teruskn usaha memperjuangkan pantun melayu

  3. Junjung sireh bertari tempur,
    Senyum GURU tengok mainan,
    Cucu Awang di Kuala Lumpur,
    Kampung NASAB NEGERi RiDWAN.

    Senyum guru tengok mainan,
    RESTU DOA jadi sandaran,
    Kampung NASAB NEGERI RiDWAN,
    KUALA KURAU asal pengkalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: