Biografi A. Samad Said

A. Samad Said

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer’s Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Antara Hasil karya:

A Samad Said (Antologi Puisi)
Adik Datang
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Dirgahayu Dr. Mahathir
Dosa Pejuang
Lantai T. Pinkie
Rindu Ibu
Suara Dari Dinding Dewan

Sumber:
Ujanailmu

9 Responses to Biografi A. Samad Said

  1. zahidah berkata:

    seorang seniman agung yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara

  2. Nuur Diana berkata:

    a. samad said adalah sasterawan yang saya digemri. beliau seorang sentiasa berfikir & telah banyak berjasa kepada bangsa & negara… beliau juga tidak pernah berputus asa & menuruskan kerjaya beliau sebagai sasterawan negara yang terkenal… semoga beliau dapat menulis lagi novel2 yang terbaik

  3. sufi berkata:

    kesempatan meluangkan masa bersama Pak Samad dan isteri (Mak Cik Salmi Manja) adalah memori berharga yang tidak dapat saya lupakan. Semoga Pak Samad dan isteri sentiasa sihat serta dalam peliharaan Allah Rabbul Alamin juga meneruskan usaha memperjuangkan sastera Melayu ke mata dunia.

  4. farah elida berkata:

    saye amat meminati a samad said.kalau boleh saye ingin mengetahui maklumat lanjut tentang a samad said..

  5. affda berkata:

    salam..sy merpkn seorg mahasisiwi yg sdng mnjlnkn kajian karya dan karyawn, dy memilih karywn A.Samad said. dlm kajian ini memrlukan sy ntk mengkaji budaya yg wujud dlm puisi beliau.di sini sy ingin meminta cadangan dr rakan yang lain untuk memilih puisi yg sesuai untuk kajian saya.

  6. TASNIM berkata:

    hasil karya yg begitu hebat.teruskan perjuangan

  7. idayu adik yana berkata:

    saya dan ahli kumpulan saya sedang menjalankan kajian mengenai a. samad said. sememangnya meminati beliau – from SMK Kompleks Sultan Abu Bakar

  8. Anna berkata:

    Maaf, tetapi ada satu kesilapan dalam biografi ini. Oliver Twist, Wuthering Heights dan Almayer’s Folly adalah karya tulisan, bukan penulis. Oliver Twist adalah karya penulis British terkenal, Charles Dickens. Harap kesilapan ini dapat diperbetulkan.

  9. saya kagum dengan sastrawan dn sastrawati,,semoga kelak saya dapat mengikuti jejak mereka menjadi sastrawati iNDONESIA,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: