Merindui buku ~ A. Samad Said

Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.

Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

A Samad Said
7 Mac 2004
Dewan Sastera Ogos 2004 ms 50

14 Responses to Merindui buku ~ A. Samad Said

  1. Yatie_SrwX berkata:

    SameKom… Bole tak empunya web ni… perbanyakkan puisi arab yg telah diterjemahkan.. n ada tak koleksi puisi dato haji adi badiozaman Tuah… plz…..🙂

  2. terry berkata:

    sangat bessssssssssssssssssssssssssssss

  3. Fiekha berkata:

    saya ada ter jumpa buku A samad Said di library saya

    kwn saya amat meminati puisi A S S

    sy sungguh kagum dengan puisi yg dia buat

  4. ha-ziem berkata:

    sungguh mengasyikkan.tapi blh x tambah lagi sajak tentang membaca

  5. […] Merindui buku ~ A. Samad Said […]

  6. Mimi Fakhira berkata:

    Saya ada puisi ini dalam buku ‘Rindu Ibu’, antologi puisi kanak-kanaknya yg pertama. Best sangat!!!

  7. haziq-aezi- berkata:

    assalamualaikum. thankz tuan empunye web nie… klu tak malu aq kat dpn stage esok… thankz so much.

  8. akubukandia berkata:

    subhanallah. smarts.

    bila baca macam dengar pulak mak kita dok nasihat lembut2 kat kita = bacalah buku.

    kan3?😉

  9. sy gemarkan puisi a.samad said.if possible tn pny blog ni bykkan ag ek puisi a.samad said neyh…he3…

  10. pengkritik berkata:

    bgus…amat bagus,tapi saya harap perkataan yang ditunjukkan benar-benar daripada karya yang asal tanpa sebarang gubahan dan kesalahan menaip….. terima kasih.

  11. zahra berkata:

    terima kasih…

  12. Eyen Alexander berkata:

    sajak berjudul salina. boleh tolong postkan?

  13. Nice post. I learn something new and challenging on sites I stumbleupon every day.
    It will always be interesting to read through content from other writers and practice a little something from other web sites.

  14. Great info. Lucky me I recently found your website by accident (stumbleupon).
    I have saved as a favorite for later!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: