Catatan Tuhan

Kalam Loh Mahfuz mencatat…
Dan sesudah mencatat…
Lagi mencatat…
Segala doa dan ikhtiar…
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi….
Biarpun hanya sekerat baris……..
Pun seberapa banyak air mata….
Sepatah pun tidak akan terhakis…..
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi.

~ Umar Khayyam ~

One Response to Catatan Tuhan

  1. Dhamah Syifflah berkata:

    terlukis madah indah tersergam…
    membuat renungan langkah kedepan…
    biar pun hitam lukisan dicatit…
    namun mengalah tidak sekali…

    telah dicatit segala amalan…
    perbuatan menyusuli mengikut catatan…
    Luf Mahfuz ada dihadapan…
    mengapa pula kau melupakan…
    hari maut datang mencengkam…
    tidak pula kau dapat melarikan…
    mengapa sombong setelah dihidupkan…

    catatan Allah akan menjadi…
    sumber ilham kepada perindunya…
    hanya perindu mendapat sayang…
    sayangNya pula tidak kelihatan…
    diberi apabila kau perlukan…

    Amar Makruf Nahi Mungkar…
    dibisik digegendang putih kembali…
    bukan perbuatan manusia diutamakan…
    tetapi jiwa pahlawan diperlukan…
    tidak susah untuk melakukan…
    hanya lima diperlukan…
    lima itu ada disetiap penjuru…
    jika engkau dapat melihat peluru…
    tembus menusuk hati yang gelap…
    nascaya engkau dapat melihat bayang…
    tidak sama dengan yang baru…
    tetapi tetap Kau yang satu…
    itulah Allah mencatit dicatatanNya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: