Nazam Mukadimah

(Risalah Ahmad Mufki)

Kami nama nazam ini mukadimah,
Bagi yang baru belajar ilmu Allah,

Kami harap bagi Allah Tuhan Esa,
Mana salah faham kami ampun dosa,
Ya Rabbana kami harap akan rahmat,
Dari dunia sampai kami ke akhirat,

Ya Rabbana bila sampai mati kami,
Dengan iman supaya kami tidak rugi,

Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena,

Sampai sini nazam kami akhir kata,
Mana salah faham kami ampun dosa.

————————–

NAZAM berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri.

Kebanyakan lagu nazam bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat.

Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: