Sajak A.Samad Said – Peludah Bahasa

PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.

- A.SAMAD SAID

About these ads

11 Responses to Sajak A.Samad Said – Peludah Bahasa

  1. bulan berkata:

    Walau demikian bahasa ibu tetap menjadi mangsa.
    Sabagai peludah bahasa berada dalam diri sendiri.
    percakapan hilang dalam keselesaan dan kelekaan.
    Menangis anak-anak berbahasa terhina tertekan iri.
    Dicelah kehidupan, pesat membanggun mencari rejeki.

    Lantas suara lantang menuduh lalu mendondang.
    Saorang negarawan melayu dianggap pertualang.
    Ta sedar diri, akan sungutan dan hasutan buatan.
    Menjadi keledai tunggangan pejuang kecundang.
    Pengkianat, pembelut, berteriak melolong-lalang.

    Salah siapa? bahasa yang indah menuju menyepi.
    Patah-patah perkataannya tampa sumbangan ilmu.
    Hanya gurindam puisi peleka rasa, meluah isi hati.
    Maseh adakah keberani menjamin ketinggian mutu.
    Sedang berkata tiada pun yang menoleh hendak tahu.

    Kedengaran juga syair siti Zubaidah melena tidur.
    Hikayat Hang Tuah terbangun semangat pahlawan.
    Berbalas pantun terpapar harap menyendir maksud.
    Dapatkah menghakis, lawan kejahatan, kemungkaran.
    Tampa kebijasanaan keilmuan penahan kehancuran.

    Ketika berdiri antara tinggi rendah antara bangsa.
    Raup muka samakin jatoh diri, bila berbahasa saja.
    Tercengang tergagap, mata berkeliaran tersenyum.
    Sasakan tepat mengerti, jawapan tetap tunduk malu.
    Lambang ego kebodohan para ahli perjuang bahasa.

    Disebalek anugerah sasterawan kemelayuan bangsa.
    Berbagai bahasa macam darca, takut pula menentang.
    Nampak bahasa Einstein saja menjamin hidup matang.
    Jadi bangsa kuat, ugama tegoh tak tergolang-galang.
    Bersama bahasa bunda kekal cakap,pakaian setiap masa.

  2. Samsudin Haji Abu Bakar berkata:

    Respond saya begini..

    segala petualang-petualang
    politik
    bermain-main dengan keris dan tombak dan senjata
    memperdaya dan membangsatkan
    anak-anak negeri
    bahawa mereka adalah waris Hang Tuah
    membela raja
    dan negara

    mereka melacurkan diri
    dan anak negeri
    hanya kepentingan
    sains dan teknologi
    kononnya

    lalu anak-anak didungukan
    dicucuk hidungkan ditarikkan jauh dalam
    hutan

    ditakrifkan kita akan maju
    tetapi alpa
    bahasa ibunda dikapani dan dikebumi didalam pasir

    sebelum datang
    pahlawan mana tah
    yang dibalingi gas pemedih mata
    tua dan muda bukan kepalang jiwanya
    aku yang seusia
    belum tentu
    segagah mereka

  3. harimau kumbang berkata:

    satu bahasa satu malaysia bahasa ibunda menjadi tanda tanya apa rakyat telah lupa akan bahasa dan budaya laksamana kita.bahasa ibunda di kerdir kan bahasa barat di sanjung2 kan ada kah bahasa kita akan pupus di telan zaman permodenan masa kini….?

    biasa cerai jasat dan nyawa tapi jangan bercerai budaya dan bahasa biar lari dari permusuhan tapi jangan sesekali lari dari perjuagan

  4. harimau kumbang berkata:

    tuan a samad said sy minat tetang puisi saya ingin bertanya macam mana kita ingin menulis puisi

  5. Ibnu Jamaluddin berkata:

    Ada maksud tersurat lagi tersirat dalam yang mendalam pada puisi A. Samad Said ini, hmmm….

  6. pyanishak berkata:

    bahasa itu bangsa dan budaya..kalau tak di guna pupus lah dia..tiada lagi melayu biarpun berilmu..kurangkah erti dalam bahasa melayu..?

  7. MuslimHaraki berkata:

    menarik.. dan mantap

  8. lilis berkata:

    pengen nge down load gimana caranya???????

  9. MNH berkata:

    Sajak yang agak kontroversi namun apa yang diucap oleh Sasterawan Negara ini banyak betulnya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers

%d bloggers like this: