Puisi Padamu Jua – Amir Hamzah

PADAMU JUA

Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu

Kaulah kendi kemerlap
Pelita jendela dimalam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia, selalu

Satu kasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa

Dimana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa darah dibalik tirai

Kasihku sunyi
Menunggu seorang diri
Lalu waktu—bukan giliranku
Mati hari—bukan kawanku

~ Amir Hamzah

About these ads

5 Responses to Puisi Padamu Jua – Amir Hamzah

  1. zada berkata:

    saya bingung, yang benar
    segala atau segera?
    kendi atau kandil?
    darah atau dara?
    mati hari atau matahari?
    thx in adv..

  2. nisa berkata:

    aku gak mudeng kendi itu apa?

  3. Norani Mohamed berkata:

    Puisi yang sungguh meruntun jiwa. Kebetulan malam kelmarin baru dideklamasikan oleh seorang arkitek muda dalam satu majlis makan malam tahunan. Terkesima kerana seorang anak muda baru pulang dari luar negara ternyata begitu mesra dengan puisi penyair pujangga baru ini.

  4. Razak berkata:

    Sebuah puisi hebat yang memerlukan penafsiran yang lebih jelas kerana ternyata puisi ini adalah bicara keakraban seorang hamba kepada Penciptanya

  5. Labibah berkata:

    Sebutin pencitraannya dong yg mana2 aja dan apa aja jenis pencitraannya? Makasihhhh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 123 other followers

%d bloggers like this: