Aku tahu siapa diriku
tanpa hadirmu.
Barangkali hanya seekor kelkatu
yang selalu tergoda kepada cahaya
dan hangus sayap
di bawah bahangnya.
Kau selalu kudamba
bukan kerana syahwat
atau gelojoh hendak
melepaskan hasrat
tetapi kerana kuingin minggat
dari gelap yang pekat
dan di bawah teduh restu
kuingin bersama
kasih kita bersatu
tanpa selain iktikad
di depan kiblat
hanya menyerah hajat
dalam taubat dan khusyuk solat.
Marsli NO
Kuantan

















Jun 28, 2009 at 2:11 pm |
syair ini terasa sgt pedih apabila kita menghayatinya..~)
Jun 28, 2009 at 2:13 pm |
tetapi alangkah bagusnya bila kita mencipta lagi satu..yg bertajuk sajak kepada lelaki pula..!!~)
-p:)