MENTAFSIR MIMPI
Harus bagaimana mentafsir
mimpi
yang sering menjengah lena
bila gelap malam seribu rahsia
mengirai gelita di mana-mana.
Tentang sawah dan bendang
kontang bagai padang jarak
saujana, sayang tiada indah
Tentang kocak di muara
membuak resah
bertempiar mempinang dan tetanda
ke celah jangkar yang tidak lagi mesra
menyambut
lesu di baran.
Tentang kemarau dan tengkujuh
tidak lagi akur dengan giliran
mengikut musimnya seperti dulu.
Ah! Sukarnya mentafsir mimpi ini
tanpa kitab lama warisan nusa
yang telah tertanam bersama
dendam.
Samsul A Wahab
Kg Tanjung Serindit


















Mei 20, 2009 at 11:14 pm |
bahasa sederhana tapi mengena
http://cryta.wordpress.com
Mei 21, 2009 at 12:55 am |
Kasi makan dalam sket.
Jun 4, 2009 at 2:11 pm |
boleh di perbaiki lagi….
Julai 6, 2009 at 1:44 pm |
pandangan jauh meninjau angkasa…
tepat mengena cahaya ditengahnya…
untuk apa menafsir yang tiada…
rugi masa merana jiwa…
mencari sumber didalam mimpi…
tepat mengena untuk dicari…
sinar bulan hanya illusi…
sebenarnya ada disisi diri…
bayangan dikejar hampir terang…
berkata terang rupanya temberang…
apa perlu dikata sudah tampak terang…
makin disuluh makin butalah melihat siang…
mimpi menerjah menunjuk jalan…
menafsir mimpi didalam lautan…
mencari makna disebalik kebenaran…
biji sawi hadir sufi didatangkan…