Syair Nasihat Kepada Perempuan

Demikian wahai lagi perempuan,
Taatlah kepada suamimu tuan,
Jangan menderhaka jangan melawan,
Jadukan dirimu bersifat setiawan.

Jangan sekali berniat khianat,
Apalagi kurang amanat,
Pekerjaan wajin bukannya sunat,
Jika dilawan mendapat laknat.

Pertama di dunia mendapat malu,
Di dalam akhirat tubuh terpalu,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu,
Sebab perangai tidak bermalu.

Sangatlah murka Rabbulizzati,
Perintah suami tidak dituruti,
Hendaklah taat bersungguh hati,
Kepada suamimu berbuat bakti.

Jangan takburkan rupamu elok,
Melebihi kebanyakan makhluk,
Menyangka dirimu tiada tertolok,
Jadilah suamimu diperolok-olok.

Jangan sekali takburkan bangsa,
Martabat tinggi di negeri dan desa,
Memandang suamimu seperti rusa,
Sombonglah tuan tutur bahasa.

Tiada menurut apa perintahnya,
Perkataan kasar selalu keluarnya,
Muka dimasamkan di hadapannya,
Jadilah suami pecah hatinya.

Jika diperbuat demikian itu,
Nyatalah kamu syaitan dan hantu,
Hargamu tiada serial batu,
Tiadalah harus dibuat menantu.

Dukalah tuan sehari-hari,
Suami pun benci tiada terperi,
Jika suamimu bijak bestari,
Duduklah dia mendiamkan diri.

Tetapi hatinya rosaklah sudah,
Kerana perbuatanmu yang haram jadah,
Jadilah suamimu berhati gundah,
Tiadalah kamu mendapat faedah.

Hanyalah dari balasan ngeri,
Dimurkai Tuhan waidul kahri,
Mendapat sengsara di dua negeri,
Celaka bertambah sehari-hari.

~Unknown
 

About these ads

7 Responses to Syair Nasihat Kepada Perempuan

  1. ariffin n.a berkata:

    satu (II)

    dongaklah ke atas kepalamu

    kita berkongsi mentari yang sama
    tapi kenapa panasmu
    berbeza dengan panasku?

    kita berkongsi bulan yang sama
    tapi kenapa malammu
    berbeza dengan malamku?

    kita berkongsi bintang yang sama
    tapi kenapa sinar untukmu
    berbeza dengan sinar untukku?

    kita berkongsi bumi yang sama
    tapi kenapa musim untukmu
    berbeza dengan musim untukku?

    kita berkongsi Tuhan yang sama
    tapi kenapa imanmu
    berbeza dengan imanku?

  2. Brutal Leo berkata:

    Manusia memang berbeza dari satu dengan yang lain.

    :

  3. Maya berkata:

    Kata kata yang indah.

  4. Pena Keris berkata:

    Indahnya titipan tinta seni yang bergelumang di kekotak dengar.
    Wadah melayu sejati ini telah saya jadikan sebagai pedoman diri.
    Salam dari yang menyinta warisan resam.

  5. asep berkata:

    Indahnya nian ini syair ini seperti lemah gemulainya tinta menulis tampa henti untuk Sang Illahi supaya di Ridhoi

  6. fajar berkata:

    syair yg indah,..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 123 other followers

%d bloggers like this: