Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang
Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua
Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam
Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua
Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat
Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu
Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang
Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang
Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari
Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para
Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba
——————————

Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak tau, sila klik sini.
Buat Duit Dengan Email
RM5.00 Setiap Kali Rakan Anda Join
Daftar percuma di sini

















Jun 22, 2008 at 7:50 pm |
setiap pantun diserta sekali dengan maksudnya.
September 5, 2008 at 9:58 am |
saya sedang himpun n cari puisi kanak-kanak sekadar untuk menyiapkan tugasan. x dpt nak share banyak coz sy pun sedang belajar untuk memahami puisi kanak-kanak.
September 22, 2008 at 10:01 am |
Saya seorang guru pantun dan sajak.sedikit2 saya tahu pantun dan sajak pula tidak tahu kerana ia susah hendak dipikir kan .mmmm…tapi sekarang dengan dunia penyair hidup saya berubah..pantunnya best sajaknya pula sudah saya hafalkan …kalau ada apa2 yang hendak tanya saya sila ke tinggalkan jawapan..hehehe
September 23, 2008 at 10:28 am |
aminah hendak tanya soalan?
umur aminah nie berape?
nama panjang cikgu ialah norsyakira amira binti kashim
panggil ira shj
September 25, 2008 at 10:16 am |
hello?
Oktober 10, 2008 at 11:47 am |
oo
hari pon ada tugasan
tahun enam
nak cari puisi
senang sangat nak afalkan..
hehe
hati saya tetap di penyair hidup
November 13, 2008 at 9:59 am |
hari nie tahun 1.
bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr
saya suka penyair hidfup
Disember 15, 2008 at 2:29 pm |
hai saya suka pantun kanak-kanak
Januari 14, 2009 at 8:28 pm |
mcm lagu jer pantun ni
ni lagu ker pantun???
macam lagu bdk2 waktu saya tadika dulu…
Februari 4, 2009 at 7:37 pm |
Saya copy & paste pantun awak ke blogpost saya.
Februari 10, 2009 at 11:47 pm |
saya cari pantun utk kanak kanak kerana seminggu sekali saya ke sekolah mengajar bahasa melayu utk sessi ‘mother tongue’. anak saya belajar di United nation school dan selalu guru kelas memberi pendekatan dengan menggunakan puisi untuk sesuatu topik. contohnya semester ni mereka belajar gren planet. jadi minggu ini saya mahu mencuba memberi puisi/pantun dalam bahasa melayu pulak. sejak ogos 2008 saya ke sekolah seminggu sekali dan masa selama 45 minit anak saya dah menunjuk minat membaca dalam bahasa melayu…saya bangga.
Februari 28, 2009 at 11:08 am |
sedap2 la pantun dier !
jealous la seyh hahs !
Mac 16, 2009 at 5:20 pm |
pendapat saya pantun kanak-kanak ini sangat bagus untuk di baca,tahniah……..
Mei 6, 2009 at 4:44 pm |
Pada pendapat saya Pantun-pantun yang ditunjukkan itu sangat bagus untuk kanak kanak baca dan mamahaminya. Tahniah dan Terima Kasih
Julai 11, 2009 at 9:13 am |
pantun kanak-kanak memang best.boleh tak terangkan didaktik dalam pantun kanak-kanak ni?
Julai 24, 2009 at 10:01 pm |
pantun kanak2 dapat memberi pengajaran scr tersendiri pada kanak2
Oktober 3, 2009 at 4:25 pm |
Assalamu’alaikum semua.. subahanallah.. pantun 2 bagus sangat.. ana doakan mudah mudahan kita semua mendapat petujuk dengan kebenaran.. Aminn.. =) senyum selalu semua.. dengan senyuman boleh mengubati hati perit yang terluka dengan niat ikhlas dan bertawakal kepada Allah S.W.T.. Wassalam =)
Oktober 5, 2009 at 2:34 pm |
betul 2
Oktober 5, 2009 at 2:30 pm |
boleh lah, memang sedap……………………….
Oktober 5, 2009 at 2:31 pm |
beliau memang padai reka syair