Pantun Agama

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Sang puteri pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang


Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak tau, sila klik sini.


Panduan Memikat Jejaka. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Cinta Untuk Lelaki. Keterangan lanjut, sila klik sini.

About these ads

20 Responses to Pantun Agama

  1. Syabas, dan taniah. Tetapi perlukan pelbagai tambahan kerna ada banyak lagi pantun yang perlu ditambah dan dicari serta digali.

  2. agus berkata:

    sangat bagus pantunnya, saran saya agar update tiap minggunya

  3. conan berkata:

    Inisiatif yang sangat bagus bagi memperkenalkan pelbagai jenis pantun. Namun saya sarankan agar penyumbang pantun sertakan makna bagi setiap pantun sebagai sumber rujukan dan pengetahuan yang lebih kepada pengguna khususnya golongan yang meminati pantun.

  4. ikin berkata:

    saya hrp bykkan la lg p’kara yg b’kaitan tentang mati &hukuman d’dlm kubur

  5. ainuddin berkata:

    bagus2 teruskan usaha dalam mempertingkatkan pantun ini

  6. farahain berkata:

    very nice pantun nie….sya sarankan agar pantun nie lbh menarik ag…..

  7. meldawati berkata:

    kereeeen…better n better

  8. Dhamah Syifflah berkata:

    Kalimah dilafazkan menuju…
    Tepat mengena disisi diri…
    Aku percaya pada yang satu…
    Malah berdiri ditapak duri…

  9. Dhamah Syifflah berkata:

    Usahlah melihat jika buta…
    Mencari pula bayang yang tiada…
    Sesat jalan lain menjelma…
    Mati pula didalam neraka…

    Usahlah mendengar jika tuli…
    Cukuplah sekadar mengenal diri…
    Hidup didunia hanya Fantasi…
    Akhirat jua tapak Realiti…

    Usahlah berkata jika bisu…
    Mati sahaja diri menjadi batu…
    Tidak berganjak walau disiku…
    Tampak berani kerana bersatu…

    Usahlah memaksa diri berlari..
    Menuju distinasi cahaya sinarNya…
    Carilah dulu siapa diri…
    Barulah syurga datang terlaksana…

  10. shafiq berkata:

    pantun bagus untk semua orang!!!!

  11. […] Pantun Agama October 31, 2009 Filed under: Uncategorized — 3rwein @ 1:29 pm […]

  12. zacx berkata:

    boleh tak buat pantun mari sembahyang best la pantun tu.

  13. Cik Lat berkata:

    Tahniah kerana dpt hasil kan sebuah pantun yg berunsurkan keagamaan..Pda masa sekrang ni dah x banyak org menitikberatkan soal agama dlam kehidupan ni..Harap perbanyakkan pantun berunsur agama dan ketuhanan utk panduan generasi yg lain..

  14. siti zarina berkata:

    besnya lah pantun ni bes gila….

  15. john ariff berkata:

    okey la nak tidur ….

  16. zul berkata:

    pantun2 yang menarik..mohon share..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 123 other followers

%d bloggers like this: