Dedaun resah berguguran jatuh
terlitup lembah rasa yang teduh
aman makmur bahagia tiada rusuh
tiba-tiba watikah janji
jadi lusuh
antara batil dan hak
sinarnya bertukar lajak
gudang gedung dagang
mabuk terminum perayaan
citra watan hilang pedoman
diri sudah tidak tahu beza
yang mana agama
yang mana budaya
yang mana itu sengaja
larut dalam fatamorgana.
Setiap tiba musim
hebat kita berpaling
mata ke arah asing.
A AZIZ DERAMAN
Putera Permai, Selangor


















Disember 22, 2007 at 1:17 am |
puisinya biasa-biasa aja
Mac 8, 2008 at 12:09 pm |
Taht is a good poem…..