Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka
Gadis Acheh berhati gundah
Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
Adat dijunjung dipinggir tidak
Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat
Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli
Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah
Buah berangan di rumpun pinang
Limau kasturi berdaun muda
Kalau berkenan masuklah meminang
Tanda diri beradat budaya
Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda
Berbuah lebat pohon mempelam
Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab
Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang
Pokok pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati
Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati
Budak-budak berlari ke padang
Luka kaki terpijak duri
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan kami
Helang berbega Si Rajawali
Turun menyambar anak merbah
Dari jauh menjunjung duli
Sudah dekat lalu menyembah
Angin kencang turunlah badai
Seumur hidup cuma sekali
Tunduk kepala jatuh ke lantai
Jari sepuluh menjunjung duli
Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah
Doa mustajab selalu terkabul
Kepada Allah kita panjatkan
Sebelum berlangsung ijab dan kabul
Majlis berinai kita dulukan


















Disember 6, 2007 at 3:12 pm |
Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang DATANG
Datang membawa hajat di hati
saya rasa perenggan ke tiga tu tersilap taip
Disember 6, 2007 at 3:24 pm |
hai shahrul, terima kasih kerana menegur kesilapan saya tu..dah betul kan pun
Mac 5, 2008 at 10:07 pm |
pandainyer pantun….
Mac 11, 2008 at 10:22 pm |
hm..nape xleh nk copy..sy nk copy n paste utk wt rjukan nnt..nk gne kt skul..huhu..nway,it’s nice..keep it up !!
Ogos 11, 2008 at 1:00 pm |
pandainyeeer berpantun leh ajar kitee x????nak ambik tuk wak rujukan leh x???
Ogos 24, 2008 at 10:16 am |
nape shahrul cakap silap……
kan da btul sbb die guna rima ‘ang’
bukan ‘tang’
Ogos 24, 2008 at 10:18 am |
hani pandai la awk wat pantun….
nanti kite nak copy tuk pertandingan…
lau menang kite kongsi la….hehehe……
November 23, 2008 at 10:30 am |
bestnye ada web camni..
aku leh jugak cari2 idea nak rangkap pantun bila ader mjlis..
huhuhu..kadang2 bila nak kena pikir sendri blur gak..
tq laa kat korg sbb mewujudkan web2 gini..
bleh la tolong org macam aku nih..
pastu bleh trus menghidupkan tradisi..
tahniah2
November 26, 2008 at 6:46 pm |
saya mencari pantun lama yang ada menyebut perkataan nenas atau nanas, kalau boleh dapatkan penulisnya sekali
Disember 1, 2008 at 12:46 pm |
Perghhhh…best nie….tq ek….
Mac 3, 2009 at 8:29 pm |
bleh tak kongsi idea pantun yang boleh cerita kan tentang negeri melaka… ataupun pantun yang boleh ceritakan pembukaan negeri melaka
April 6, 2009 at 9:03 pm |
cempaka sari seri jambangan
subur tumbuhnya penuh merimbun
adat dikelek dibuang jangan
teras budaya turun temurun
Oktober 24, 2009 at 9:11 am |
Baru kembang bunga seroja,
Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
Kecil-kecil pondok sendiri
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PANTUN INI. ADAKAH YE BERMAKSUD SEBERAPA BESAR ATAU SEBERAPA INDAHNYA TEMPAT ORANG TAPI LEBIH BAIK DAN LEBIH BAHAGIA DITEMPAT KITA SENDIRI
Oktober 26, 2009 at 9:58 pm |
rangkap pertama,adat pesaka atau adat pusaka????
November 13, 2009 at 3:27 pm |
sesape yg sudi leh ak tlg sya buat pantun bertemakan budi bahasa,ada pertandingan ni
November 13, 2009 at 3:29 pm |
nak 3 pantun.pls2
November 22, 2009 at 5:54 am |
Orang lama kalau ikut adat nak kahwin mesti ada berbalas pantun.. Sekarang mana nak cari koleksi pantun2 macam tu ye?
Disember 2, 2009 at 5:04 pm |
mcm mne nk cri pantun untuk malam berinai ek?
dh puas mencari tp xjumpa…
harap kwn2 dpt membantu..
coz sy nk gunakannya untk hari perkahwinan