~monolog suatu malam~
Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….
Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..
Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…
Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…
Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…
Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi®


















November 25, 2007 at 2:56 pm |
emm.. siapakah gerangan si anna abadi tu ek?
November 26, 2007 at 11:34 am |
sedihnya… tersentuh hati sy membaca nukilan ni..
November 26, 2007 at 5:12 pm |
dear Haniey, dulu selalu singgah di Teratak Anna Abadi. Malah sejak mula2 kemunculan laman web nya (geocities) aku menjadikannya satu laman rujukan dalam banyak benda. Sedih bila dapat tau beliau telah pergi menemui Illahi. Doakan roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Terkilan bila laman Teratak Anna Abadi telah ditutup. Tapi apakan daya kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
November 28, 2007 at 1:08 am |
Anna abadi…sayer dulu peminat dia..tau2 dia dah kembali ke rahmatullah.sedih sgt.
al-fatihah.
Disember 1, 2007 at 12:02 am |
salam..
mira sedehy sangat..
1st time msuk teratak anna abadi rase tenang..
but now..terase kehilangan sngat..
puisi” ketika hati menangis”..syahdu sangat..sedeyh pun..
inalillah..semoga roh kak Anna Abadi dicucuri rahmat Allah s.w.t..dan ditempatkan bersama2 golongan org2 beriman..amin..
Disember 2, 2007 at 9:57 am |
assalamualaikum
tersentuh rase hati
time bace puisi ni…
‘KETIKA HATI SEDANG MENANGIS’
‘HANYA ENGKAU SAJA YANG TAHU’
Then,
MEMBERI KEMAAFAN PADA MEREKA YANG PERNAH MELUKAKAN HATIKU’
kemaafan….

ayat yang paling berharga yang boleh diberikan kepada
insan yang telah melukai hati ini….
HOPE GOD BLESS U!!
Disember 7, 2007 at 2:16 pm |
sadisnya mmbaca puisi nih………sedih sagt……kerana puisi itu ada kene mengene dgn diri aku……
Disember 12, 2007 at 11:51 am |
TERATAK ANNA ABADI
di sana aku ketawa dan di sana jgk aku menangis
di situ aku mengomel dan di situ jgk aku merintih
SEMOGA ROHMU DIBERKATI DAN TENANG DISANA.. AMIN
Januari 7, 2008 at 9:11 pm |
saya baru tau anna abadi telah kembali ke rahmatullah.. setelah sekian lama saya tidak buka laman web ni. sungguh tak sangka..tapi ucapan takziah kepada ahli keluarga anna abadi. dulu, saya peminat setia laman wen anna abadi ketika saya keje kat cyber cafe. sejak sambung study 2 tahun lepas,saya dah tak sempat lawat laman web ni.. mengalir air mata ketika mengetahui beliau dah kembali ke rahmatullah dan paling menyedihkan hati ketika saya membaca puisi ketika hati menangis. sesungguhnya allahyarham mempunyai hati yang sangat halus dan setiap karyanya berjaya membuatkan orang sedih, gembira, teruja dan sebagainya. lastly, saya doakan anna abadi mendapat ketenangan di alam sana.
Mac 8, 2008 at 5:44 am |
salam. sayu rasa hati membaca puisi di atas. saya juga baru dapt tahu bhw anna abadi telah kembali ke rahmatullah… moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin
Mac 26, 2008 at 10:43 pm |
SEDIH TUL LA BCE PUI-C NIE…
Oktober 14, 2008 at 11:28 am |
dah lama saya tak masuk anna abadi ni, dansaya baru dapat berita ni… jika ada sesiapa yang masih mengenali saya, saya ingin tahu berkaitan perkara ini… semuga allah mencucuri rahmah nya kepada beliau amin…
mail me ckumbang@yahoo.com 0123512374.. . saya dulu guna id zerofill bila masuk di sini…
Oktober 31, 2008 at 9:44 am |
sy sdih sgt bla anna dh xda…..khilangn sseorg y amt brhrga…….very undrstnding….buat arwah anna…u r 4ever in my hearth….
Oktober 31, 2008 at 9:50 am |
buat sume pmint anna….miera mtk jasa baik korg,keh x htr karya2 arwah kt miiera….tlong erk..ni e-mail miera….miera91_lovegurlz@yahoo.com.my………hope korg leh kgsi hasil tangan arwah…mekasih bebanyak tau…..
November 23, 2008 at 6:31 pm |
[...] Copied from: penyair.wordpress.com [...]
November 24, 2008 at 8:15 am |
[...] Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi [...]
Disember 12, 2008 at 12:15 am |
tu la…aku pun miss teratak….dulu dah biasa kalo tensen lepak kat teratak….tapi skrg teratak xde terpaksa lepak kat umah ngadap hamster aku nih
Disember 15, 2008 at 10:32 am |
Sesepi dulu
tidak sesepi ketika itu
arwah anna abadi pernah menasihati diriku
selalu dikirimkan warkah emel padaku
ria
dalam sepi kekadang indahnya sekali
dalam diam bukan semuanya bererti
dalam lemah kuatkannya kembali
dalam keyakinan kuatkan keimanan
ria
usah bersedih lelama sekali
senyumlah bersedekah
ingat pada illahi
pastikan ketenangan yang dicari
tumbuh subur didada
agar keriangan beringinan
dengan takwa pada tuhan yang satu
ria
jaga diri
dan ingat pesanku
sahabatmu anna abadi
~Ria Darwina~
Februari 5, 2009 at 4:00 pm |
salam
sedih sangat bila dpt tau blog teratak nie ditutup.Firs time i step dkt blog nie saya dpt rasakan sebuah ketenangan.Tak sangka tempat saya selalu luangkan masa nie terpaksa buat ditutup untuk selama-lamanya.
Saya masih ingat lagi sewaktu saya menemui blog ini saya sedang membuat reseach utk buat assignment skool,so saya serapkn skit ilmu2 yng dapat dlm tue.Yag best skali my assignment merupakn slh satu hasil kerja tgn yang cukup menarik dan mendpt markh cemerlang.Terima aksig diucapkn kpd empunya blog.
Februari 11, 2009 at 1:13 pm |
saya sngat sdiiiiih
April 26, 2009 at 7:26 pm |
AL-FATIHA buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat. tiada lagikah buat pegganti arwah…
Mei 18, 2009 at 2:50 pm |
AL-FATIHAH…
lya baru terbaca akan wujudnya ruangan ini..jadi jika ada sesiapa yang tahu akan laman seumpama ini bleh lah kongsi ngan lya yekk…
wasalam…
Jun 11, 2009 at 9:47 pm |
ass….
salam kenal kak….
aku ska puisinya,,,
aku bileh mnta to di jadiIn colecsi ya kak…..
makasi…..
Julai 29, 2009 at 10:17 am |
anna abadi..sajak die penuh beerti.bkn skadar coretan..tapi turut mengandungi emosi hinggakan bila kita membaca,kita turut merasai apa yang dia rasa.
anna abadi..walaupun tak pernah bersua..tapi peribadinya mesti sangat menyenangkan orang sekeliling..tak mungkin ada teratak lain yang mampu menceriakan hati pengunjung selain teratak anna abadi..kan? ^_^
Julai 29, 2009 at 12:29 pm |
Cinta Tiada Sepadan Halangan…
Hati terluka kegelisahan…
Meronta-ronta kerinduan…
Ingin mencari belaian…
Kemana dimana arah perjalanan…
Untuk menemui satu ungkapan…
Cinta tiada sempadan halangan…
Terpukau detik-detik kesetiaan…
Hampir punah ditelan sepihan kaca bertaburan…
Hampir muntah diluahkan saki-baki kesahduan…
Apakah daya melenakan mata dipertengahan…
Untuk mencari satu kesetiaan…
Cinta tiada sepadan halangan…
Melihat burung-burung berterbangan…
Berlegar-legar mencari pasangan…
Ingin meluahkan hasrat sekian lama tersimpan…
Mengapakah tiada yang sudi berteman…
Untuk berbicara bahasa kerinduan…
Cinta tiada sepadan halangan…
Melemparkan madah penuh kecintaan…
Mencari siapakah akan menjamah lauk dihidangkan…
Apabila lalat hinggap mengotorkan keadaan…
Bilakah semua akan kembali kepangkuan…
Untuk bertemu melepaskan kerinduan…
Cinta tiada sepadan halangan…
Akan kekalkah cinta keduniaan…
atau menunggu masa diluputkan…
Apabila langit tidak lagi mengatakan…
Terbanglah air menjadi satu iaitu awan…
Ogos 17, 2009 at 8:48 pm |
rupany da 3 taun sjak last sy singgah kat laman teratak tu . . tkilan lak rsnya . .