Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
]Orang jahat anakanda jauhkan.
Setengah orang fikir keliru,
Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.
Tingkah dan laku tidak kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.
Itulah orang akalnya kurang,
Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,
Dengan manusia selalu berperang.


















November 16, 2007 at 1:49 pm |
Syair yang indah
Jun 4, 2008 at 1:48 pm |
Syair yang menarik….kene pada masanya…….
Julai 14, 2008 at 7:13 pm |
Saya teringin sangat syair yang pendek.
Ogos 2, 2008 at 12:07 pm |
tahniah.. usaha yg baik..
sekarang ni ssh sgt nak cari pejuang syair..
harap lepas ni dpt siarkan syair yang ringkas n sesuai utk murid2 sekolah rendah.
September 22, 2008 at 8:10 pm |
salam ….
benarkan saya untuk copy syair ni boleh tak..
cause saya tengah urgent untuk minggu bahasa IT…
lecture suruh cari syair and all type of puisi…
so benarkan saya untuk copy this syair and other…
November 6, 2008 at 11:24 am |
ya… syair yg mnarik dan enak d ca oleh cmua khlayak . . .
saya sngat bangga dan yakin bhwa dlam syair trsbut mngandung mkna yg ngat berharga, , , , ,
November 19, 2008 at 6:49 pm |
asdasdasdasdas
Mac 21, 2009 at 11:51 am |
sedang mencari syair yg sesuai ntuk di ajarkn kpd adik2 sekolah rndah..
ada projek memperkenalkan syair, puisi, pantun kpd budak sekolah rendah
dan sy rasa syair ini sgt sesuai..
bhsa yg mudah dan tidak kompleks
Mac 29, 2009 at 1:06 am |
terus berkarya dengan penuh kata kata yang bisa diteladani,so ajari dong gimana cara membuat puisi yang mengugah kan hati
April 2, 2009 at 12:42 am |
gw suka bgt