Ladang kita air mengalir di segala liku
tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu
ia datang matanya bintang suaranya lagu
membawa khabar mesra salam dari ibu
Kucintai tanah ini kerana kami di sini
rumah kecil tapi telah didirikan oleh lelaki
teguh dan keramat seperti gunung besi
ladang tercinta, kubenam hati di sini
Tumbuh segala kasih berbuah berbunga
ladang comel sekarang milik kita bersama
akan lahir manusia baru sudah bernama
setia, putera kasih mewarisi mahkota cinta!
Usman Awang
1966
( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )


















Ogos 17, 2007 at 11:55 am |
sedap!!!
Ogos 20, 2007 at 7:46 pm |
bagus ar.begitu puitis.macam mana nak menghayati puisi dengan betul??kalau sesiapa ada petua please ar bagi……
Ogos 28, 2007 at 10:07 pm |
syairnya bagus banget benar bahwa qta harus mencintai seseorang dengan tulus hati
Jun 25, 2008 at 12:16 am |
sungguh bermakna nukilan ini.bagi setiappasangan bercinta bahawasanya ingatlah.cinta itu indah,namun kita perlu igat jua ,jika cinta tidak dipelihara.maka matilah ia.