Pantun Berkasih

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga

Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih adinda kunanti jua

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?

Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
Tembaga buruk di mata orang
Intan berkarang di hati saya

Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan

Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan

Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh

Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?

Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan memikat
Burung terbang menyerah diri

Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Pucuk pauh batangnya pauh
Di tengah-tengah pokok mengkudu
Adinda jauh kekanda pun jauh
Sama-sama menanggung rindu

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
Manis lagi senyuman Tuan

Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa ponggor berdaun
Kasih cik adik saya terima
Menjadi hutang beribu tahun

Sayang Laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh Datuk Menteri
Tuan umpama minyak yang penuh
Sedikit tidak tertumpah lagi

Sayang pelanduk di luar pagar
Mati ditembak patah kakinya
Tujuh tahun gunung terbakar
Baru sekarang nampak apinya

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Harum baunya si bunga Tanjung
Harumnya sampai puncak gunung
Tuan umpama sekaki payung
Hujan panas tempat berlindung

Tajam kapak dari beliung
Hendak menebang kayu berduri
Tuan laksana kemuncak payung
Saya di bawah menyerah diri

Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati

Hilir berderap mudik berderap
Patah galah di dalam perahu
Tuan laksana si bunga Dedap
Cantik merah tidak berbau

Orang berhuma di Pulau Balangan
Asap apinya tabun-menabun
Tuan laksana bunga kayangan
Kuntum Kasturi tangkainya embun

Kalau Tuan pergi ke Jambi
Ambil air Cik Tahir jurubatunya
Kalau Tuan hendakkan kami
Bakar air ambil abunya

Beli cempedak dari Juana
Mari dibelah di atas tudung
Jika berhajat menyunting bunga
Jumpa wali di atas gunung

Buah jering di atas para
Diambil budak bawa berlari
Kering laut tanah Melaka
Baru saya mungkirkan janji

Buih kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidakku lupa pada yang kasih

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Limau purut lebat di pangkal
Batang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya?

Layang-layang terbang melayang
Jatuh ke laut disambar jerung
Siapa bilang saya tak sayang?
Kalau bunga rasa nak kendong

Layang layang terbang melayang
Jatuh di laut melayang layang
Siapa bilang saya tak sayang?
Siang malam terbayang bayang

Layang-layang disambar nuri
Madu kelapa dalam tempayan
Lagi tak hilang bukit Puteri
Tidak kulupa kasihmu Tuan

Langit cerah awan membiru
Dinihari embun pun jatuh
Sakit sungguh menanggung rindu
Di dalam air badan berpeluh

Indah nian bulan mengambang
Keliling pula bintang bercahaya
Wajah tuan bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga

Ikan belanak di tengah muara
Daun suji di dalam puan
Tiada sanak tiada saudara
Kalau sudi terimalah Tuan

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Tinggi tinggi mata hari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru sekarang saya mendapat

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalaulah sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati

Kedondong batang sumpitan
Batang padi saya lurutkan
Tujuh gunung sembilan lautan
Kalau tak mati saya turutkan

Burung terbang menarik rotan
Lalu hinggap di kayu Jati
Tujuh gunung tujuh lautan
Belum dapat belum berhenti

Ke Teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja aku yang belum
Kupeluk sudah kucium sudah
Bernikah saja aku yang belum

Di Tanjung Katung airnya biru
Disitulah tempat mencuci mata
Duduk sekampung lagikan rindu
Inikan pula jauh dimata

Laju-laju perahu laju
Lajunya sampai ke Surabaya
Lupa kain lupakan baju
Tetapi jangan lupakan saya

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga Cina jambangan Cina
Bungkus inai dalam kertas
Sungguh saya bena tak bena
Di dalam hati haram tak lepas

Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung

Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua

Angin Barat dari gunung
Berhembus lembut terlalu nyaman
Baru kelibat adik menyongsong
Kembali segar semangat di badan

Orang mengail ikan cencaru
Dapat ikan bawa ke jeti
Kalau tuan kata begitu
Barulah senang di dalam hati

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata jangan dibuang

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati

Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti

Anak buaya anak memerang
Anak biawak luka kepala
Badan merantau sakit dan senang
Pada adinda sedikit tak lupa

Kukutip bunga buat karangan
Karangan diletak di atas peti
Ingin ku sunting bunga di jambangan
Buat penyeri di taman hati

Sekapur sirih seulas pinang
Ada berkunjung budaya Melayu
Terjunjung kasih tersimpul sayang
Terikat terkurung kasih nan satu

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Malam ini malam Jumaat
Pasang dian kepala titi
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang di dalam mimpi

Hilang sepi diraut wajah
Usah terlerai nilainya budi
Setia janji takkan berubah
Kasih tersemai tetap abadi

Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan siapa lagi?

Pohon sena cabangnya empat
Mari tebang waktu pagi
Kalau kena dengan makrifat
Burung terbang menyerah diri

Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang

Air pasang limpah ke pasar
Tanam pinang kelapa mati
Di manalah tuan belajar
Pandai mencari isyarat hati?

Tajam tubuh si buah gading
Hendaklah ikat bersama tali
Hancur luluh tulang dan daging
Namun kulupa tidak sekali

Hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?

Fikir memikir sama lawak
Jangan dibawa ke Tanjung Jati
Sindir menyindir sesama awak
Jangan dibawa masuk ke hati

Tuan puteri meminta cawan
Untuk diisi air kelapa
Amat tulus kasihmu Tuan
Sampai ke mati adinda tak lupa

About these ads

31 Responses to Pantun Berkasih

  1. uriati berkata:

    nice, saya copy ya nak taruh di blog saya boleh ya

  2. zuhri berkata:

    bagoslah pantun2 ni……..

  3. siti80 berkata:

    Air pasang limpah ke pasar
    Tanam pinang kelapa mati
    Dimanakah tuan belajar
    Pandai mencari isyarat hati?

    jawapan,
    Mencari kasih di tanjung Tuk Kun
    Kasih dihulur salam diberi
    Tidak berguru tidak berdukun
    Kasih yang luhur isyarat suci

  4. Jafar G Bua berkata:

    Burung dara burung merpati
    Bentuk warnanya pun serupa
    Pantun Tuan sejukkan hati
    Wujud suara hati dan cinta

  5. ulaizan berkata:

    Hendak berbisik pada telinga,
    mahu berkata pada si dia,
    kasih ku ini tiada tandingannya,
    hanya pada mu wahai adinda…

    bila berkata sedap namanya,
    bila melihat anggun wajahnya,
    rindu kuini beribu kali ganda,
    yg telah hadir kerna danya cinta….

  6. Faizah SMK TARPUTRA berkata:

    SAYE SUKE SANGAT PANTUN2 KAT SINI…BEST GILER…SAYA PUN NAK CARIK PANTUN YANG SESUAI UNTUK PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN….SAYA NAK HADIAHKAN SATU PANTUN AR EH?

    Merah kesuma kembang bersendi
    Dedap ditanah sayangnya patah
    Megah bangsadijulang budi
    Tersilap langkah mengapa melatah?

  7. Faizah SMK TARPUTRA berkata:

    jangan dilupa adat dan budaya….saper2 yang nak kenal ngan sayer pun boleh..hik3just yang umo atas 17 je erk…n doakan saye success dalam spm 2008…11 A1…AMIN…

  8. mellyra berkata:

    Assalammualaikum..

    Saya suka sangat pantun2 melayu lama ni..lagi2 bila ada citer yang menggunakan pantun yang terlalu lama, yang jarang orang dengar dan sukar untuk kita cari..contohnya dalam novel “bagaikan puteri, cinta sang ratu dan tanah andriyana”..semua ni adalah antara favourite novel saya..ia melambangkan adat resam dan kayanya masyarakat melayu kita ni dengan pantun yang serba indah dan menusuk kalbu..lagipun sapa lagi yang nak memelihara adat resam kita kalau bukan kita masyarakat melayu sendiri kan..apa2 pun pantun melatu tetap “hidup”..bak kata Hang Tuah, “takkan melayu hilang di dunia..”

  9. mohdfaeizal berkata:

    ikan gelama masak lemak,
    batang padi belah dua,
    biar saya marah dek emak,
    asal boleh kita berdua,,,

  10. huda berkata:

    salam..saya nak masuk pertandingan berpantun ni..leh tak nak gunakan pantun2 ni? trime kasih ye..

  11. Robeqa berkata:

    baguslah pantun2 ini….
    saya rasa patut diperbanyakkan menggunakanya dirata-rata tempat…

  12. miera berkata:

    i nak pantun romantik laaaaaaaaaaa

  13. LEMON berkata:

    UISH,BESH LARH PANTUN2 NIE COZ LEYH WAT REVISION 4 COMPETITION………TQ

  14. dak kuis 0814021 berkata:

    thanks 4 ur pantun..best gle la..klu bintang pnoh 5..aq up lg.aq bg spuloh..

  15. prayoga berkata:

    hai..hai..hai..
    salam kenal ya.boleh di copy gak pantun nya..??
    izin ya..

  16. Onward Fellix berkata:

    Anak burung terbang mendada,
    Jatuh cedera patah sayapnya,
    Andai tersinggung hati ayahanda,
    Kemaafan jua anakanda pinta.

    Ha.. Ini jawab saya:

    Anggerek disuntik si gadis manja,
    Disemat kebaya hati ternoda,
    Adat berpencak pendekar muda,
    Tercalar badan syarat perwira!

  17. Azlina berkata:

    Salam,
    Anak keli hendak dipindang
    Sayang sekali tidak berkunyit
    Hajat di hati hendak kupinang
    Sayang sekali tidak berduit

    Hidup pantun Melayu!!

  18. jee berkata:

    Pantun yang mmg best n tak luput di zaman~!!

    Bunga Seroja Hidup Di Desa,
    Tumbuhnya Harum Ditepi Kelapa,
    Adat Budaya Jangan Dilupa,
    Zaman Berzaman Kekal Sentiasa.

  19. siti berkata:

    saya sangat suka pantun. saya nak minta izin untuk buat salinan pantun-pantun ni untuk ditunjukkan kepada nenek saya..melaluinya, saya kenal dan belajar pantun-pantun lama. terima kasih.

  20. RcheL_bie berkata:

    HaI!! NiCe.. I LoVe iT.. i hOpE My BoY WiLL HaVe FuN WiTh DaT…. I HoPe So?!

  21. rudi berkata:

    bagus n memdidik…..

  22. Ismail berkata:

    pantun yang amat bagus kami minta untuk mengcopy ya !

  23. Bobby berkata:

    Sepertinya jika pantun ini dibaca dengan hikmat… wah.. pohon kelapa pun bisa rubuh….. ngga kuaattttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  24. dalilah berkata:

    ermm..
    nak minx izin nak curi “pmbayang2″ pantun..
    sbb nak masuk bbalas pantun…^^
    halalkan kan eyy…^^

  25. Mijah smkm berkata:

    Tq sbb buat pantun yg lawa ini.Saya tgh mencari pembayang yg lawa ni tuk pertandingan berbalas pantun.

  26. aesanjaya berkata:

    jungkir balik mencari pantun
    pantun melayu yang diinginkan
    hampir cabik hati melamun
    melamunkan kamu duhai kenangan…

    saya dari indonesia, mohon ijin mengcopy pantunnya ya jack. habis, pantunnya bagus2 sih..he..he..

  27. risyad sky high school (BDG) berkata:

    selain ini ada lagi gak???
    gw pengen tau lebih mendalam tentang pantun…..
    nilai BI gw jelek

  28. engku mukriz berkata:

    saya sungguh berbangga kerana zaman ini remaja pun mula suka berpantun tak kira bangsa kerana kita 1 malaysia di harap kan kekal kan adad budaya kita dengan pantun memantun.

  29. Fara Wahida berkata:

    salam :

    hai,saya nur fara wahida bt. mohd yani dan umur saya 13 tahun.saya mencari blog pantun-pantun melayu ini kerana saya amat meminati pantun.saya harap pantun ini dapat diwarisi oleh remaja-remaja zaman sekarang.:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 123 other followers

%d bloggers like this: