Syair Perahu ~ Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja'” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri

About these ads

64 Responses to Syair Perahu ~ Hamzah Fansuri

  1. ana alhaq berkata:

    “hamba dan Tuhan tiada berbeza..”boleh tak sesiapa jelaskan…bahaya ni kalau tak de huraian..mana bisa Tuhan itu sama dengan makhluk..sedang dalam sifat dua puloh..Tuhan itu tidak menyerupai sesuatu..

    • rakli berkata:

      aku adalah engkau.. engkau adalah aku.. bila engkau kenal aku maka binasa lah engkau… = aku(allah) adalah engaku(hamba).. engkau(hamba) adalah aku(allah).. bila engkau(hamba) kenal aku(allah) maka binasalah engkau(hamba)… (allah=hamba=allah)

    • HambaSultan berkata:

      salam saudare… ehwal yang saudare sedang bicarekan itu berkenaan dgn wahdatul wujud… kite mahu berkongsi dgn saudare ape kite dpt di alam maya ini.. kite ingin menarik perhatian apa kata Hadhrat Mansur Al-Hallaj, menasihati khadam dan anak lelakinya, kata beliau :

      “Jangan tunduk kepada hawanafsumu, jika kamu tunduk kepadanya ia akan mempengaruhi kamu supaya membuat dosa dan maksiat. Dan dunia ini mencari hidup berakhlak, tetapi kamu carilah hidup Ketuhanan, itu lebih baik. Walaupun sedikit kamu mendapat hidup Ketuhanan itu, maka ianya adalah lebih baik dari semua amalan yang dilakukan oleh manusia dan Malaikat dan ingat! Selagi seseorang itu di dalam kesedaran pancainderanya jangan sekali-kali menyebut (Ana Al-Haq) “Aku Yang Benar” atau akulah Tuhan, sama ada lisan maupun di dalam hati. Kerana selagi ia manusia, ia bukanlah Tuhan. Jika ia menyebut perkataan itu, maka ia adalah palsu dan bid’ah.”

      sumber:

      http://www.angelfire.com/journal/suluk/fitnah9.html

      kurang lebihnye sahaje yg kite dapat…. secare tepatnye, hanye milik Allah dan Rasul-Nye….
      salam saudare seperjalanan….
      wassalam….

  2. kema berkata:

    pada saya maksud “hamba dan tuhan tiada berbeza” kena lihat pada bait yang sebelumnya yang mana ia berbunyi “hapuskan hendak sekalian perkara” kalau digabungkan pada kedua-dua bait tersebut dapat disimpulkan maksudnya melalui pandangan saya ia bermaksud hendaklah ditolak pemikiran yang mengatakan bahawa tuhan dan hamba itu adalah sama.

  3. windy saputra berkata:

    tuhan selalu ada di sekeliling qta jd qta harus taat kepadanya dan melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya!!!!

  4. danujawijaya berkata:

    Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Setahu saya kata-kata ‘Tuhan dan hamba’ adalah sama itu jangan difaham secara terus. Kalau kita melihat siapa Hamzah Fansuri ini, dia ini adalah Ahli Sufi. Maka kata-kata ahli sufi ini, kata-kata ‘Orang Bercinta’. Mereka bercinta dengan Allah.

    Kepada sesiapa yang pernah bercinta, dia pasti faham. Ketika tengah kecamuk bercinta, kadang kala kita merasakan yang kekasih kita adalah kita dan kita adalah kekasih kita. Sehingga kalau ada yang memarahi atau menghina kekasih kita, kita turut merasai seolah kita juga dimarahi dan dihina. Itu tahap orang yang sedang mabuk bercinta. Apa lagi ahli-ahli sufi ini. Sehingga mereka mengungkapkan pandangan ‘Wahdatul Wujud’, di mana Tuhan dan Hamba itu sama. Bukan sama dari segi zat, akan tetapi ‘bersama’, seiya dan sekata.

    Ingatkan ada hadis yang menyatakan, bila mana seorang itu dikasihi Allah, Allah akan menjadi matanya, bila ia memandang, menjadi telinganya bila ia mendengar dan seterusnya. Hadis yang lengkap saya kurang pasti. Jadi bila tindak tanduknya sudah bukan dari nafsunya sendiri, siapa yang memandu jasad si pencinta? Pening, kan? Itu betapa pentingnya mencari guru yang benar dan mursyid dalam menyampai ilmu tauhid nih. Sayang, bukan mudah nak mencari Guru yang seperti itu. (Sigh)

    Sekian, yang baik datang dari Dia dan yang salah dari kelemahan diri saya.

    Wa’alam.

    • Indahnya Hidup berkata:

      memang payah mencari guru mursyid namun tidak mustahil jika kita diberi petunjuk oleh Allah Taala dan kita menggunakan petunjuk itu. Mohonlah pada ALLAH agar diberi petunjuk dan menggerakkan kita kepada guru mursyid yang sebenarnya.

  5. skybong berkata:

    A’kum saudara yang kekeliruan!! Sesungguhnya apabila kita mendapat sesuatu berita atau penulisan atau apa sekalipun, seharusnya kita melihat akan orang yang menulis atau menyampaikannya. Maka disini..saya hamba yang hina dengan serpihan ilmu yang Allah S.W.T anugerahkan..dapat lah saudara mengenali diri saudara dahulu, lalu saudara dapat mengenal ALLAH lalu saudara tahu setiap Insan yang Kamil disisi Allah. Sesungguhnya… Hamzah Fansuri seorang Saufi. Dia adalah sebahagian dari rahsia Allah dan dia salah seorang wali yang dipilih Allah untuk mensyairkan keagungan Allah yang tersembunyi. Sifat dua puloh adalah suatu pembelajaran yang dicipta manusia selepas Nabi Muhammad, maka mengapa senang2 kamu mempercayai nya. Maka samalah persoalan yang saudara utarakan. Mereka selalu didalam Fana(mabuk,hilangdiri) Allah. Maksudnya asyik dengan nama Allah. Dan akhir sekali ayat Al-Qur’an menyatakan ‘Allah lebih hampir dari urat mereh(leher) kamu. Selamat Berpuasa

  6. danujawijaya berkata:

    Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

    Allahmdulillah, saudara Skybong sedang terus belajar mengenal diri. Moga Allah terus menunjukkan jalan yang lurus buat kita semua.

    Saya cuma ingin mnerujuk kepada isu mempertikaikan sifat 20. Saya ingin tahu, mengapa saudara meraguinya?

    Hati-hati saudara. Bukan semua pegangan perlu di’nyata’kan kepada mereka yang masih belum sampai pemikiran mereka. Tambahan pulak bab tauhid adalah suatu perkara yang SANGAT BERAT.

    Cukuplah, saya nyatakan yang tanpa pimpinan yang mursyid lagi shiddiq, kita mudah dipesongkan oleh Syaitan. Hati-hati…

  7. yyardard berkata:

    “hamba dan Tuhan tiada berbeza” Ibarat melihat ‘matahari’ di dalam bekas air (dalam jasad). ‘Matahari’ di angkasa tiada beza pada bentuk dan rupa serta nama dengan matahari kelihatan di air tadi. Tetapi sebenarnya bukan lagi matahari. Namun begitu, itulah matahari walaupun bukanlah matahari sebenarnya!! Di sini ramai ahli sufi sattah!!! Ini baru permulaan perjalanan… Ada yang merasa zuq seperti api dengan besi atau air dengan ombak.

  8. Junaidi berkata:

    Assalamu’alaikum w.b.t

    Saya cuba beri respons, mudah-mudahan ia adalah ilham dan kekuatan serta pertolongan daripada ALLAH SWT.
    AlhamduliLLAH.
    Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw.

    Sebelum saya respons mengenai Syair Perahu “hamba dan Tuhan tiada berbeza’.

    Anda menggunakan identiti, ‘ana alhaq’. Setahu saya kata-kata ini juga kontroversi daripada seorang ahli sufi al-Hallaj. al-Haq juga adalah salah satu nama Tuhan (ALLAH) yang indah. Dan ‘ana’ bermaksud aku atau saya. Namun, insyaALLAH, setiap kata-kata sufi perlukan penjelasan.
    ‘Ana’ itu makhluk (diciptakan maka wujud hasil ciptaan). Al-Haq (ALLAH) itu Khalik (Maha Pencipta). Manakan sama, ‘yang dicipta’ dan ‘Maha Pencipta’. Hakikatnya langsung tak boleh dibandingkan.

    Apa yang saya faham dengan ‘hamba dan Tuhan tiada berbeda’, menggambarkan hubungan benar makhluk dan Khalik. Makhluk, yang menurut perintah dan Khalik, Yang Memerintah. Satu contoh; Tuhan perintah kita solat, kita dengan penuh keimanan dan keikhlasan bersetuju (tiada berbeda) melaksanakan solat. Apa yang dikatakan Tuhan, benar, kita pun setuju membenarkannya (tiada berbeda). Maka timbullah ‘adil yakni meletak suatu kena pada tempatnya. ‘Hamba dan Tuhan tiada berbeza’ tidak sekali-kali (na’uzubiLLAH min zalik) bermaksud sama dalam kejadian (Being) dan kewujudan (Existence) Tuhan.

    Sifat 20 yang menyatakan ‘Tuhan tidak sama dengan makhluk’ adalah benar dan tidak perlu dipertikaikan.

    Sebagai contoh, meja (benda) yang diperbuat oleh tukang kayu (manusia) tak sama rupa kedua-duanya, benar dan tidak perlu dipertikaikan.

    Sekain, respons saya. AstaqfiruLLAH. ALLAH, Maha Mengetahui.

  9. aku milik tuhan berkata:

    hanya hati yang pernah tersentuh oleh manisnya kusyuk dan fana’ mampu memahami maksudnya itu. pernah tak baca hamzah fansuri menulis:
    ”aku melihat dengan mata tuhan
    aku mendengar dengan telinga tuhan
    aku merasa dengan lidah tuhan
    akulah tuhan”
    dia sahaja yang memahami kalamnya. dia bukan mengaku tuhan, tapi ramai yang salah menafsirkannya dan mengatakan bahawa dia sesat…
    hati yang najis tak kan mampu merungkai rahsia agong Allah..

  10. Banta berkata:

    Ass’kum; menurut pengetahuan yang saya miliki, bahwa aliran sufi yang diajarkan oleh Syeikh Hamzah Al-Fansuri dilarang oleh Kerajaan Acheh saat itu, yatu Sulthan Iskandar Muda, karena dianggap menyesatkan ummat; oleh karenanya semua karya sastra sufi yang dihasilkan oleh Syeih Hamzah Al-Fansuri dibakar dan musnahkan oleh Kerajaan Acheh Darussalam. Naskah asli (manuscript) asli yang masih tersimpan dengan baik hanya terdapat disuatu Balai Pengajian di Tanoh Abee dekat Seulimuem (lebih kurang 40 km dari Banda Acheh). Dapat dipahami bahwa jaran yang disampaikan oleh Syeikh Hamzah tidak dipersetujui oleh Sultan untuk diajarkan kepada Ummat Islam di masa itu, karana dikhawatirkan akan merosak aqidah yang sebenarnya. Wallahu ‘alam bissawab.

  11. awanbadai berkata:

    Tuan Banta,

    Daripada pembacaan sejarah2 lama yang telah saya ikuti, menunjukkan bukanlah semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda, tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

    Semasa Sultan Iskandar Muda memerintah, mufti kerajaan adalah Syeikh Samsudin Al-Sumatrani, adalah merupakan anak murid kepada Syeikh Hamzah Fansuri. Tatkala ini aliran pemikiran Syeikh Hamzah Fansuri sangat berkembang dimerata2 daerah.

    Setelah Sultan Iskandar Thani menaiki takhta kerajaan, mufti tertinggi adalah Syeikh Nuruddin AlRaniri, beliau sangat menentang pemikiran Syeikh Hamzah Fansuri. Penentangan beliau bukan sahaja dengan membakar sekian banyak kitab2 fahaman ini, malah melibatkan banyak nyawa yang terkorban.

    Capaian web yang mudah untuk maklumat ini boleh saudara/i ke :
    merahsilu.blogspot.com

    http://bandingan.zulis.net/sejarahsastera.htm

    Ampun maaf saya pinta jika tersalah dan silap.

    • sulam berkata:

      sejak itu aceh tak pernah sepi dari segala permasalahan.. karna kebodohan mereka mengusir waliallah… tanah aceh tak lagi bertuah.

  12. atan berkata:

    kalau tak faham diam saudara…..
    macam saya ni rileks jer…
    Syeikh Hamzah Fansuri tentu tergelak melihat insan insan kat sini…
    Sedekah Al Fatihah padanya ,selawat ker baru berkat baca….
    Apa pon good luck ,insyaAllah jika yakin…

  13. atan berkata:

    tu belum syair burung lagi…
    nanti habis ,pening ….
    mumet kata orang jowo…
    Rasanya ini semua bahagian masing masing (rejeki)
    siapa yang paham alhamdulillah…
    bolehlah cerita pada anak cucu-cucu…….
    yang tak mengerti…sabar wak….
    jangan main tuduh tuduh kurang bagus itu..
    dah aku cakap indon pulak….

  14. mizuar berkata:

    sedikit respon dr banda.. ada bagusnya kita pahami ttg cerita di bawah ini..

    “TRAGEDI SANG SUFI HAMZAH FANSURI”

    Slh satu kegelapn sjarah yg blm tnts terungkp adlh tragedi yg menimpa Syech Hamzah Fansuri bsrta para pengikut’a.Ratusn thn kita terbelenggu oleh klaim yg mnyatakn Fansuri membawa ajrn sesat krn mengajrkn paham Wahdatu Wujud.Mnrt sumber2 sejarah,klaim sesat tsb difatwakn oleh Nuruddin Ar-Raniry,yg m’jd Mufti Kerajaan semasa Sultan Iskandar Tsani.Oleh krn ajarn’a sesat,maka kitab2 karya Fansuri dibumihanguskn.Dan kita pn terperangkp pd opini yg menyalahkn Fansuri,padahal blm prnh mengetahui bagaimana isi ajarn itu secra substansial.
    Ajarn Syeikh Hamzah al-Fansuri n Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i berpunca drpd ajaran Syeikh Muhyuddin ibnu ‘Arabi, Syeikh Abi Yazid al-Bistami, Syeikh ‘Abdul Karim al-Jili dlm satu sektor. Dan bahagian lain jg berpunca drpd ajaran Imam al-Ghazali,Syeikh Junaid al-Baghdadi dan lain2, adlh dipndng muktabar, sah dan betul mnrt pandangn ahli tasawuf.Bahwa ajarn tasawuf tlh berurat dan berakar di kalbi,bahkan tlh mesra dari ujung rmbut hingga ke ujung kaki,dr kulit hingga daging,dari tulang hngga ke sumsum pencinta2’a,yg tentu saja mrk mengadakn tntangn yg spontn t’hdp Syeikh Nuruddin ar-Raniri.Bhkn kpd siapa saja yg brani menyalh2kn pegangn mrk.Pengikt2 Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i menganggp kedua guru mrk adlh wali Allah,yg faham t’hdp pngetahuan syariat,tarekat,haqiqat dan makrifat.Mrk beranggapn,wlaupn diakui bhwa Syeikh Nuruddin ar-Raniri sbg seorang ulama besar,yg diktkn jg tlh mengetahui ilmu tasawuf,nmn tasawuf yg diketahui oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu hanyalh tasawuf zahir belaka.Bahawa beliau hanyalah mengetahui kulit ilmu tasawuf,ttp tdk sampai kpd intipati tasawuf yg sebenar2nya.Bhwa beliau baru mmpunyai ilmu lisan sbg hujah blaka,ttp blm mempunyai ilmu kalbi,yg dinamakn jg dgn ilmu yg bermanfaat.Oleh itu,wajiblh mereka membela guru mereka yg mrk snjng tinggi itu.
    Mnrt Nab Bahany AS pd tulisan’a, “Hamzah Fansuri Vs Ar-Raniry dan Wujudiyah” dlm buku Kumpuln Esai Takdir2 Fansuri (DKB, 2002), Hamzah Fansuri hidup dlm masa permulaan Sultan Iskandar Muda (1607-1636).Sbg ulama n ahli tasawuf,ia mempunyai murid yg amat bnyk. Slh satu murid terbesar Hamzah ialah Syech Syamsuddin As-Sumatrani yg kemudian m’jd pelanjut ajran Hamzah,sekaligus diangkt oleh Iskandar Muda m’jadi Qadhi Malikul Adil (org ke-2 dlm krajaan).Demikian Sultan Iskandar Muda mempercayai Syamsuddin.Jk apa yg dikatakn Nab Bahani dr mengutp berbagai sumber itu adlh bnr,maka wajar bila muncul pertanyaan knp tuduhan sesat dialamatkn hny kpd Hamzah Fansuri n para pengikut’a,sdngkn Sultan Iskandar Muda kita puja puji sbg raja plng agung dan mulia? Buknkh Sultan Iskandar Muda tlh memberi tmpt terhormat kpd Syamsuddin As-Sumatrani sbg Qadhi Malikul Adil dlm krajaan Aceh?Tidakkh hal ini menunjukkn Iskandar Muda jg sbg slh satu pngikt ajaran Hamzah Fansuri melalui Syamsuddin As-Sumatrani,bhkn tlh ikt mengantarkn krajaan Islam Aceh pd puncak kegemilangan’a bhkn mnjd krajaan Islam terbesar nomor 5 di dunia pd masa itu.
    Konon,ada pla yg menyebutkn Hamzah Fansuri msh memiliki pertalian darah dgn Malikussaleh,raja pertama yg memerinth Krajaan Pase.Sdgkn Ar-Raniry brasal dr India.
    Bgmn Syech Nuruddin Ar-Raniry mengkomunikasikn soal Wujudiyah dan mengklasifikasikn permasalahan antara Fansuri dan Iskandar Muda,sehngga Fansuri dituduh zindik (sesat) sdngkn Iskandar Muda diagung2kan?Bgmn situasi politik kerajaan pd masa itu sehingga Syech Abdurrauf Syiah Kuala mmlh sikap diam dan tetap berada di Makkah memperdalam ilmu pengetahuan Islam?Bhkn sngt ironi ketika tdk ditemukn catatan yg pasti dan akurat tentang dmn kedua tokoh ini (Hamzah Fansuri dan Nuruddin Ar-Raniry) mengakhiri hidupnya.ada yg b’pndpt Hamzah Fansuri wafat ditiang gantungn dgn kitb2’a di bakar di dpn masjd raya.makam’a berada di Ujoeng Pancu Aceh Besar.sdgkn Nuruddin Arraniry mnrt Karel A. Steenbrink dlm bukun’a,”Mencari Tuhan Dgn Kacamata Barat” b’pendapat bahwa hingga tahun 1644 M Syeikh Nuruddin msh brada di Aceh Menurutnya t’jadi diskusi yg t’lalu tajam antara bbrp kelompk pemerintah:Seorang uskup agung (ar-Raniri) di satu pihak dan beberapa hulubalang dan seorang ulama dari Sumatera Barat di pihak lain.Pihak yg anti ar-Raniri akhir’a mnng,sehingga ar-Raniri dgn tergesa2 kmbali ke Gujarat.Tulisan Karel itu brngkali da benar’a,krn scara tdk lngsng Syeikh Nuruddin mngaku prnh klh berdebat dgn Saiful Rijal,penyokong fahaman Syeikh Hamzah al-Fansuri n Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i,perkara ini beliau ceritakn dlm kitab Fath al-Mubin.Dlm masa pemerintahan Iskandar Muda, kerajaan Aceh maju,ajaran sufi tdk m’ghalang kemajuan yg berasasan Islam.Sebalik’a masa pemerintahn Iskandar Tsani, ajaran sufi dianggap sesat,ternyata krajaan Aceh mulai menurun.Banthn t’hdp sesuatu pegangn yg prnh berkembang di dunia Islam perlulah ditangani dgn pnuh kebijksanaan.Siapa saja yg mmegang urusn keislaman jngnlh salah penilaian,srg t’jadi yg benar m’jadi slh atau sebaliknya.

  15. awanbadai berkata:

    Salam mizuar,

    Terima kasih atas penerangan anda.
    Jelas dan terang jalan ceritanya, mudah-mudahan dilain
    masa, tidak terlalu melakukan “kependekan suku kata” atau
    abbreviation, ada maksud ayat yang tak dapat saya fahami.

    Keseluruhannya, dapat kita mengambil pelajaran dari
    setiap peristiwa lama, mudah2an petunjuk dan rahmat
    Allah sentiasa mengiringi perjalanan kita merentasi Jalan Lurus.

    Salamsss.

  16. Feviet berkata:

    Bagi pelajar saya sangat menyanangi syair karya anda

  17. safarihj berkata:

    Rahmat ALLAH S.W.T seluruh alam…
    Assalamualaikum, seluruh saudara-saudaraku..yg budiman..

    Pada saya kesimpulannya dari syair perahu ini… yg diterjemahkan oleh al-awlia syeikh hamzah fansuri itu tidak lah ada kaitannya ianya menyesatkan maupun bukan..

    Kupasannya nyatalah dan sahihlah.. bawa kita ini BUKAN AHLInya utk meperjelaskan
    tentang ketuhanan. Maka rujuklah kepada guru yg sebenarnya mursyid lagi siddiq seperti ulas danujawijaya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya…insyallah.
    hamba yg daif..

  18. Madi berkata:

    salam,Syair ini merupakan maksud kiasan yang tinggi,oleh itu mintalah petunjuk dari Allah,nescaya Allah akan tunjuk,orang yang fana dalam cinta kepada
    Allah tidak menyedari tentang kata-katanya,ianya terjadi izin Allah

  19. zul rahman berkata:

    segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

    terima kasih kepada pemilik blog dunia penyair,

    terima kasih kepada segalaNya.

    Alhamdulillah, segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

  20. AL-GHAZALI berkata:

    Assalamualaikum,

    Syair ini sangat indah bahasa yang diguanakan sangat tinggi dan kadang2 kita tidak pernah dengar.

    Tafsiran :

    “La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
    tauhid ma’rifat semata-mata.
    hapuskan hendak sekalian perkara,
    hamba dan Tuhan tiada berbeda.”

    “La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
    Maksudnya : Sesorang yang menempuh ke alam kematian maka akhir kalamnya ialah La ilaha illallahu dan seorang yang menempuh di awal penghidupannya di alam baru (Islam) juga La ilaha illallahu. Oleh itu La ilaha illallahu kesudahan kata dan tiada kata sesudah itu.

    “tauhid ma’rifat semata-mata”.
    Maksudnya : Apabila ‘La ilaha illallahu itu kesudahan kata’ sudah sebati di dalam diri, maka ia akan mengenal Allah atau ma’rifatullah yang dikenali sebagai tauhid ma’rifat ertinya Ke-Esaan dan Ke-Tunggalan yang dikenali-Nya semata-mata.

    “hapuskan hendak sekalian perkara”
    Maksudnya : Apabila ‘2 rangkap’ ini telah dikuasai dan telah ada di dalam diri kita, maka pada ketika itu kita tidak lagi memerlukan apa-apa KECUALI Allah. Pada ketika itu kita akan menjadi FANA yang disebut oleh pengarang “hapuskan hendak sekalian perkara”
    Ertinya : hilangkan lah kehendak seperti nafsu dan sebagainya. Selagi kita mempunyai ‘kehendak’ selagi itu kita tidak akan dapat mencapai ‘tauhid ma’rifat’

    “hamba dan Tuhan tiada berbeda.”
    Setelah kesemuanya terhapus atau lenyap di dalam penglihatan basirah lalu terbukalah hijab dan tiada yang tinggal hanya “DIRI” atau disebut “AKU” atau “HAMBA” sehingga terkeluarlah kata2 “hamba dan Tuhan tiada berbeda” kerena ia seorang yang ADA. Maksud ‘tiada beda’ bukan zahiriyah tetapi batiniyah yang tidak dapat dilihat kecuali mereka yang mengalami. Walaubagaimana pun mengikut kaedah bahasa Arab ‘Dan’ atau ‘Wau’ sudah cukup menjelaskan makna, kerena wau ‘ataf erti yang mengikut samalah halnya seorang hamba mengikut kehendak Tuhannya sehingga segala2nya makan, minum, berjalan, berlari adalah dari Allah mengikut telunjuk Allah dari hal itu disebut oleh Hamzah fansuri “tiada berbeda” bak kata pepatah serupa tapi tak sama.

    Wassalam.
    al-Kelangi
    Pengkaji Manuskrip Arab Melayu

    • RuslanPaip berkata:

      Bagaimana bisa kita mengongsi Perjalanan Hakikat Insaniah? Ramai lagi yang ingin bertanya tentang pemgalaman Saudara. AlMaklumlah diJaman Akhir Jaman ini ramai yang dahagakan Pengertian Hakikat Insaniah. Dari itu ana menjemput SaudaraKu ke Forum TKODaily. Bolehlah nanti kita berkongsi Pemgalaman dengan yang lain-lain.

      Wassalam…

  21. AL-GHAZALI berkata:

    PEMBETULAN :
    [ La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
    Maksudnya : Sesorang yang menempuh ke alam kematian maka akhir kalamnya ialah La ilaha illallahu dan seorang yang menempuh di awal penghidupannya di alam baru (Islam) juga La ilaha illallahu. Oleh itu La ilaha illallahu kesudahan kata dan tiada kata sesudah itu.]

    La ilaha illallahu itu kesudahan kata
    Ertinya : Tiada Tuhan Melainkan Dia [Huwa] merupakan kalam yang mutaha ertinya yang tinggi kerana zikir ganti nama ‘Huwa’ atau ‘Hu’ adalah lebih ‘khusus’ daripada Allah yang lebih ‘umum’. Kerana itu zikir ‘Huwa’ atau ‘Hu’ lebih menerangkan sifat2 Allah seperti dalam al-Ikhlas ( cuba sudara baca) ‘Hu’ atau ‘huwa’ dahulu baru ‘Allah’seperti juga dalam surah2 yang lain dan hadis2 nabi yang menerangkkan sifatnya dimulai dengan ‘Huwa’ atau ‘Hu’. ‘Huwa’ atau ‘Hu’ inilah disebut sebagai kesudahan kata. Dengan mengenali sifat2 Allah barulah mendapat Tauhid Ma’rifat semata2 ertinya TAUHID YANG BENAR2 PENGENALAN TULUS IKHLAS tiada syak atau ragu2. Oleh yang demikian apabila Allah hendak ‘Menzahirkan diri-Nya’ kepada golongan ini, Allah akan ‘Nyatakan sifatnya’ seperti kisah nabi Musa. Kata syair

    Sifat yang tujuh( Ma’ani) kepada kita*
    Zahir memakai sekelian rata *
    Bukannya ia sifat kita.*
    Hanya ke-Nyata-an sifat Tuhan kita*

  22. AL-GHAZALI berkata:

    Pembetulan ejaan: ‘Mutaha’ salah yang betul ‘Muntaha’

  23. Dhamah Syifflah berkata:

    terpancar kalimah beza erti…
    tersirat maksud dalam diri…
    fikiran menerjah untuk berfungsi..
    mencari makna dalam puisi…

    mengejar bayang dalam diri…
    bertemu apabila sudah mati…
    tersingkap wajah dalam wajah ini…
    siapa Allah hanya Allah mengetahui…

    Alif Lam Min dalam erti…
    Tiada Lain mengetahui hanya Illahi…
    mengapa sibuk mencari lagi…
    sujudkan diri sembah Illahi…

    Tiada sama dengan Illahi…
    hanya Dia sahaja punya Diri…
    mengenallah diri sebelum Mengenal Illahi…
    sesungguhnya tiada siapa mampu mengenal Illahi…
    hanya Dia sahaja mampu mengenal Illahi…
    mengapa masih mencari lagi…

    matikan diri hadir sufi…
    Jibril hadir memberi wahyu Illahi…
    sujudlah engkau menyembah Illahi…
    kerana aku turut sama menyembah Illahi…
    mengapa engkau lupa hari mati…
    setelah diberi engkau melupai…

    hidup mati tiada lagi erti…
    mendayung mencari tetap mati…
    mendaki tersungkur terpacak duri…
    sakit hiba tak pernah peduli…
    susah senang tiada siapa mengetahui…
    hanya Engkau memgambil untuk kembali…
    MakrifatMu mengajar untuk aku mati…

    satu haluan penuh duri…
    hanya aku melalui perjalanan ini…
    adakah Engkau sama wajah dengan diri…
    sesungguhnya biarlah itu menjadi rahsia Illahi…
    aku hamba hina tentu mati dineraka berapi…
    aku pasrah menerima hakikat ini…
    akulah syitan mengejar untuk kembali…
    sujud meminta ampun kepada Mu Illahi…
    dulu Engkau menyesatkan aku ini…
    tetapi sekarang Engkau memberi…
    cahaya terpancar dimalam hari…
    membuat aku mengerti…
    apa yang ada disebalik gelap mengaburi…
    terangnya sehingga buta tuli…
    tidak mampu menafsir jika tiada diberi mimpi…
    hari ini aku bentangkan semua mimpi…
    agar dapat bersama terbang melepasi…
    meninggalkan dunia penuh muslihat ini…

    hanya satu rahsia terungkap kini…
    aku buka untuk penyejuk hati…
    siapa menciptakan engkau dari air mani…
    hingga segumpal darah mengalir membasahi…
    terpancar jasad hingga melupai…
    diri sendiri terjadinya sendiri…
    kuasa Allah tiada siapa mampu menandingi…
    Dia menciptakan untuk diriNya sendiri…

  24. Dhamah Syifflah berkata:

    usahlah bergaduh kerana untuk menunjukkan kehebatan…
    tetapi tidak mengapa jika untuk kebenaran…
    wasalam…

  25. Dhamah Syifflah berkata:

    mengenallah diri…
    diri punca masalah berlaku…
    jika tiada diri…
    ketenangan akan menanti…

  26. RuslanPaip berkata:

    Assalammualaikom Warakhmatullah Hiwabarakatuh..

    Wahai SaudaraKu Al-Ghazali, bicaraMu sungguh Tulus dan Mulus. PencerahanMu bagitu asyik sekali. Kalau boleh kita lanjutkan persahabatan kita di TKODaily. Insya Allah. Ana menanti saudara disana..

    Wassalam…

  27. nurazmi berkata:

    Assallam muallaikum. Bismillah..
    Apa hendak yang kita cari,kepada Allah kan perginya diri..menuju dia suatu yang pasti. bagai ikan mencari air keliling samudra hulu dan hilir tak kan berjumpa tampa dizikir. Pada Nya robbi lepaskan diri jangan sangkutkan denganNya sangksi sungguh Allah Maha menghetahwi Apa adanya didalam hati. Hati itu istananya Iman bersihkan selalu janganlah segan.. Agar terang segala jalan menuju robbi Mohon apunan..

  28. nurani berkata:

    assalamu’alaiku saudara AL-GHAZALI…alhamdulillah t’pesona dan t’paku diri ini membaca bait2 puisi saudara….diri ini cuba menghalusi tiap bait kata2 itu…dgn ini minta kebenaran tuk hamba yg hina in melampirkn bait2 puisi saudara di laman blog hamba http://www.facebook.com..id hamba kilat senja tiga puloh…mnta keizinan tuk hamb b’kongsi karya agung ini..mudah2an t’buka hijab yg m’belenggu diri dan t’buka mata hati utk mengenali siapa aku yg sbnrnye…wallahuh’alam..

  29. nurani berkata:

    assalamu’alaiku saudara Dhamah Syifflah alhamdulillah t’pesona dan t’paku diri ini membaca bait2 puisi saudara….diri ini cuba menghalusi tiap bait kata2 itu…dgn ini minta kebenaran tuk hamba yg hina in melampirkn bait2 puisi saudara di laman blog hamba http://www.facebook.com id hamba kilat senja tiga puloh…mnta keizinan tuk hamb b’kongsi karya agung ini..mudah2an t’buka hijab yg m’belenggu diri dan t’buka mata hati utk mengenali siapa aku yg sbnrnye…wallahuh’alam..

  30. hajirikhusyuk berkata:

    salam,,

    Sufi Al Fakir Hamzah Fansuri adalah yang mengenal Allah sebenar-benarnya, bagaimanapun membaca puisi dan kitab karangannya perlu berhati-hati, kerana pembaca mungkin tidak dapat pemahaman, yang mahu beliau sampaikan, dan kalau ini berlaku sudah pasti syirik dan kufur jadinya, tetapi jika pembaca mencapai maksud yang hendak disampaikannya, maka sudah pasti pembaca akan mencapai makrifatullah.

    contohnya, seperti yang dikatakan dalam diskusi di blog ini, ada yang mengatakan Tuhan dan Hamba itu sama, ada pula yang menyatakan tidak.

    Tuhan tetap Tuhan, dan Hamba tetap Hamba, tidak mungkin Tuhan menjadi Hamba, dan tidak mungkin juga Hamba menjadi Tuhan, ini adalah pernyataan yang benar.

    tetapi,,

    apabila syarat-syarat dipenuhi, maka kedua-duanya mungkin, sebagai analogi: ombak dan laut, ambak tetap ombak dan laut tetap laut, tidak mungkin ombak menjadi laut, dan tidak mungkin laut menjadi ombak, ombak dan laut wujud kerana adanya angin yang bertiup, tetapi jikalau angin berhenti bertiup, dengan sendirinya ombak menjadi laut, dan laut tetap laut.

    wah,, ini boleh membuatkan seseorang bingung,,
    sila baca kitab Al Muntahi – karya Hamzah Fansuri
    mampir,,

    http://hajirikhusyuk.wordpress.com

  31. majezan berkata:

    Kami di malaysia mendapatkan maklumat Hamzah Fansuri dari hasilkerja tesis S.M.Naquib Al Attas dan Wan M.Saghir.

  32. Nab Bahany As berkata:

    Setau Anda apa ada hubungan ajaran Hamzah Fansuri di Aceh dgn ajaran Syeh Siti Jenar di Jawa. Karena kedua sufi ini disebut-sebut menganut ajaran wahdatul wujud. Saya sudah pelajari beberapa buku sejarah Syeh Siti Jenar dan sejarah ajaran Fansuri,tapi belum saya temukan hubugan ajaran kedua ulama ini. Saya menduga ajaran wahdatul wujud hamzah fansuri di Aceh erat kaitannya dengan ajaran Syeh Siti Jenar di Jawa,karena Hamzah fansuri pernah tigal di kudus Jawa. Coba Anda pelajari ya. Salam Nab Bahany As

  33. Pesuruh Allaha berkata:

    Salama,
    Sesungguhnya agama di sisi tuhan itu ialah agama nabi ibrahim yg lurus. Agama ini bertunjangkan kalimah tauhid yg mengEsakan tuhan iaitu La’a Allaha Ala’a Allaha. Perhatikan tulisan jawi adalah menggunakan asas yg sama dgn tulisan arabia, jadi adakah tulisan arabia itu mempunyai baris dan tanda? Tentu tidak dan bagi menyampaikan maksud tuhan dan manusia itu satu ialah manusia itu rohnya adalah mengambil sebahagian dari tuhan, jadi roh manusia bersifat dgn sifat2 tuhan. Mengapa roh yg suci tidak dpt menguasai fizikal atau jasad yg mempunyai byk sifat buruk iaitu dengki, cemburu, hasad yg disimpan di hati (fizikal). Apabila manusia di kuasai sifat rohnya, barulah dia itu akan bersatu dgn tuhannya dan hanya mengEsakannya. Selagi manusia mempersekutukan tuhan dgn 2 kalimah syahadah yg di larang tuhan iaitu mengadakan sesuatu di samping tuhan, maka manusia tidak akan dpt sampai kpd tuhannya.

  34. aina dak sua berkata:

    Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..tidak ada sebarang soalan yang akan saya kemukakan,hanya ingin berkata,,saya terharu dan bersa insaf apabila membaca syair yang dikarang oleh saudara Hamzah Fansuri ini,,ye kita wajib sedar bahawa dunia kita ini hanyalah sementara dan pinjaman Allah untuk hambanya yang lemah..semakin berkembang pesat nya teknologi di muka bumi ini,,semakin lemah iman manusia kini..dan kita kena sedar bahawa diri kita datangnya dari Dia dan akan kembali kepada Nya kelak..hanya amalan yang akan menemani kita di akhirat..amalan2 tersebut akan dihitung dan kita akan tahu dimana tempat kita kelak di antara syurga mahupun neraka..oleh itu,sama2lah kita bermuhasabah diri dan sujud kepada Nya.,mempertingkatkan sifat mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah..kita hanya manusia biasa yang lemah lagi daif..segeralah kita bertaubat,menadah tangan memohon ampun kepada Nya,,insyaallah di ampunkan segala dosa yang telah kita lakukan,kerana Allah itu Maha Pengampun.sekian,Assalamualaikumwarahmatullahiwabaratuh…….

  35. hur hur berkata:

    ALAM SAGHIR SI ALAM KABIR DI CARI OLEH SI MUSAFIR,JANGAN TERLEPAS KATA SYATATAH NANTI KAMU DI KATAKAN KAFIR…ALAM RUH ALAM SYAHADAH DI JELAJAH OLEH SI SYATATAH KALAU SUDAH DIRINYA PASRAH DI HUMBAN KE NERAKA PUN DIA BETAH…MENITI NITI DI TITIAN RAPUH RASA MENCARI SI GURU MAKRIFAT,HILANG DIRI HILANG SIFAT HANYA YANG TINGGAL ADALAH ZAT,ADAM DAN HAWA TELAH DI CIPTA MERAMAIKAN UMAT MANUSIA BILA DIRI SUDAH BINASA YANG TINGGAL HANYA ADALAH YANG ESA

  36. Yang Dhaif berkata:

    Ibarat Api dan Panas nya itulah Muhammad dan Tuhan nya

  37. hur hur berkata:

    QUL HUALLAH HU AHAD,ALLAHUSOMAD,LAMYALID,WALAMYULAD,WALAMYAKULLAHU,KUFUAN,AHAD…….TIADALAGI DIRI INI..TANG ADA HANYA MU MU MU

  38. pelajarilah kita DURRUN NAFIS (permata yg Indah) karya SYAIKH MUHAMMAD NAFIS ALBANJARI

  39. pelajarilah kitab (bukan kita: ralat) DURRUN NAFIS (permata yg Indah) karya SYAIKH MUHAMMAD NAFIS ALBANJARI

  40. telah ditetapkan hasil musyawarah ulama aceh bahwa dilarang mengembangkan atau menyebarkan ke masyarakat awam akan faham ini (wahdatul wujud) karena dapat merusakkan aqidah ‘ammiyah (orang awam).

  41. Hendri berkata:

    Saudara2 ku se iman,, saya kurang faham ilmu agama, tolong kirim ilmu2 saudara2 ke email saya.. Trima ksh

  42. majezan berkata:

    Syair ini terlalu sederhana buat kita semua,mengungatkan kita akan perjalanan menemui Allah kelak.Apakah persediaan kita?Bolehkan kita berjaya mengharunginya?
    Tentang konsep wahdat al wujud Hamzah pun terlalu sederhana bberbanding Ibn Arabi,Jili,Jami,Hujweri dan lain2nya,cuma memang kurang sesuai dibincangkan dgn org awam secara terbuka.

  43. akka berkata:

    kakak nih gimana sih kok ada tulisan
    (baris ini tidak terbaca)

    di bagian:
    Tongkatnya lekat tiada terhisab,
    badanmu remuk siksa dan azab,
    akalmu itu hilang dan lenyap,
    (baris ini tidak terbaca) YG INI

  44. Mohd Zulhafiz Zainon berkata:

    allah…..hu..akbar….masing2 ada rezeki…

  45. sangrajawali berkata:

    dia merasa apa yang terasa setelah sempurna.

  46. diat berkata:

    tolong kasi tahu saya tema dan pesan yang terkandung dalam syair perahu, bait 1 s/d 4

  47. AmirHamzahTahiruddin berkata:

    Kerana takut insan akan bersoal ;)

  48. yang jahil berkata:

    tolong “YANG DHAIF” jelaskan maksud dari ibarat api dan panasnya itulah muahammad dan tuhannya.ana tak ngerti tu mana tuhan mana muhammad sehinga kalau di jabarkan denngan sifat-sifatnya bagaimana surahnya.

  49. kamaruzaman b. ahmad berkata:

    Serendah mana Tuhan itu turun walaupun sehingga peringkat hamba, Tuhan tetap Tuhan dan tidak akan jadi hamba. Setinggi mana hamba itu naik walaupun sampai keperingkat Ketuhanan, hamba tetap hamba dan tidak akan jadi Tuhan. inilah wahdatulwujud yg sebenar. Inilah Isra’ dan mi’raj Rasulallah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 115 other followers

%d bloggers like this: